Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli­-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas­-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. men­jual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. mem­borong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekira­nya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : /lélong/ penjualan barang-barang di hadapan orang banyak dan pembeli-pembelinya menawarkan harga yg beratas-atasan. melelong 1 menjual (barang) di hadapan khalayak ramai dgn harganya beratas-atasan. 2 memborong barang lelong. melelongkan 1 menjual sesuatu dgn melelong: Kerajaan boleh ~ tanah yg tidak berbayar cukainya. 2 memborongkan sesuatu pekerjaan (membekalkan makanan ke asrama dsb). terlelong sudah dilelong; kena lelong. pelelongan perbuatan melelong atau melelongkan; penjualan lelong. pelelong orang yg melelongkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelong


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lelong barang jualanDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
Rahsia raja lelongPustaka TimurTiada2007978-983-3364-27-5

Kembali ke atas