Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mah] | لمه

Definisi : 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : Kd, Pl; pelemah membohong, ber­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : 1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
weakadj 1. not having strength, frail, lemah: his illness left him pale and ~, penyakitnya membuat dia pucat dan lemah; 2. defective, lemah: he has a ~ heart, jantungnya lemah; 3. liable to break or give way, tdk /kuat, kukuh/: the chair was ~ and collapsed under his weight, kerusi itu tdk kuat dan roboh krn berat badannya; this rope is too ~ for the job, tali ini tdk begitu kukuh utk kerja itu; 4. lacking in political or strategic strength, lemah, tdk kuat: the enemy defence is ~, pertahanan pihak musuh lemah; 5. poor, lemah: the government machinery is ~, jentera kerajaan itu lemah; a ~ method of implementing the policy, kaedah yg lemah utk melaksanakan dasar itu; 6. impotent, lemah: a financially ~ company, syarikat yg lemah kewangannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feebleadj 1. weak, lemah, tdk /bermaya, berdaya/; (of pulse) lemah: a ~ old man, lelaki tua yg lemah; a ~ moan, keluhan yg tdk bermaya; 2. lacking force, vigour, lemah; (of attempt etc) tdk bersungguh-sungguh: a ~ excuse, alasan yg lemah; a ~ argument, hujah yg lemah; a ~ attempt, percubaan yg tdk bersungguh-sungguh; 3. (of mind) lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effeteadj weak, lemah: an ~ empire, empayar yg lemah: an ~ nobleman, seorang bangsawan yg lemah: an ~ political party, parti politik yg lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weak7. not strong or firm in character, lemah: as a leader, he is ~, sbg pemimpin, dia lemah; she is ~ and easily led, dia lemah dan mudah dipengaruhi; 8. lacking in conviction, persuasiveness, etc, lemah: his argument was ~ and unconvincing, hujahnya lemah dan tdk meyakinkan; the novel has a ~ plot, novel itu mempunyai plot yg lemah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frailadj 1. delicate, (of person) lemah, rapuh; (of health) mudah terganggu; (of voice) lemah: a ~ old woman, perempuan tua yg lemah; he spoke in a ~ voice, dia bercakap dgn suara yg lemah; 2. easily broken, kelihatan tdk /kukuh, kuat/, mubut: the chair looks ~, kerusi itu kelihatan mubut; 3. unable to resist temptation, lemah, rapuh: ~ humanity, manusia yg lemah or yg rapuh jiwanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weaknessn 1. lack of strength, physical frailty, keadaan yg lemah: he is suffering from the ~ of old age, keadaannya yg lemah disebabkan usia tua; 2. state of being defective, lemah: cardiac ~, lemah jantung; 3. imperfect part, kelemahan: there are few ~es in the system, terdapat beberapa kelemahan pd sistem itu; 4. a fault in character, kelemahan: gambling and drinking are his ~es, berjudi dan minum arak ialah kelemahannya; he is not perfect but his good points outweigh his ~es, dia tidaklah sempurna, tetapi kebaikannya mengatasi kelemahannya; every one of us has ~es, setiap orang ada kelemahannya; 5. st of which one is very fond, tdk dapat menolak: chocolates are her ~, dia tdk dapat menolak coklat; have a ~ for, tdk dapat menolak, I’ve a ~ for raw onions, saya tdk dapat menolak bawang mentah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weaklingn (person) orang yg lemah; (animal) binatang yg lemah: from being a ~ he grew into a strong man, dr seorang yg lemah, dia membesar menjadi seorang yg kuat; the man is a ~ and should never be chosen as a leader, lelaki itu orang yg lemah dan tdk sekali-kali patut dipilih sbg pemimpin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weak9. feeble, a. (of sound) lemah: he heard a ~ cry from the nursery, dia mendengar tangisan yg lemah dr bilik kanak-kanak itu; the patient asked in a ~ voice for water, pesakit itu meminta air dgn suara yg lemah; b. (of light) malap: I could hardly read in the ~ light, saya hampir tdk dapat membaca dlm cahaya yg malap; 10. poor, inadequate, lemah: his hearing is getting ~er, pendengarannya semakin lemah; she finds difficulty in reading because of her ~ eyesight, dia sukar membaca krn penglihatannya lemah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weak~ at the knees, (colloq) lemah lutut: I felt ~ at the knees on receiving the news, saya berasa lemah lutut sewaktu menerima berita itu; in a ~ moment, dlm saat kelemahan; ~ in the head, (colloq) lemah otak, benak: I think she is ~ in the head, saya rasa dia lemah otak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weakenvi 1. become weak in form and health, (menjadi) lemah: his body is ~ing, but not his mind, badannya semakin lemah tetapi fikirannya tdk; 2. become less determined, menjadi lemah: he will never ~ in his resolve, dia tdk akan menjadi lemah dlm keazamannya; 3. become lower in value, jatuh nilai: the dollar has ~ed further, mata wang dolar semakin jatuh nilainya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas