Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ma/] | لمق

Definisi : 1. sj zat minyak pd binatang (melekat pd daging), gemuk binatang: di bawah kulitnya terletak selapis ~ yg memanaskan badannya; ~ kambing; 2. = berlemak mengandungi lemak atau minyak: ikan dimasak ~; gulai ~; kerbau mandul banyak ~; 3. Mn sedap atau enak (rasa, pendengaran, dll): ~ lauk dikunyah-kunyah, ~ kata disebut-sebut; ~ santan, manis gula tidak sedar racun bermain; ~ ketam warna kejingga-jinggaan; ~ tulang sumsum dlm tulang; ~ penyelar daging prb memboroskan harta benda tuannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : sj ikan darat, kap, Labeobarbus ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : ; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau, sembung merah, Didymocarpus crinitia; b) sj tumbuhan (pokok renek), gegunjah putih, Cyrtandra pilosa; ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Uorphyllum glabrum; ~ itik sj tumbuhan (pokok), bolian, membaju, melima, Tarrietia simplicifolia; ~ kepiting (ketam) sj tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, Melochia corchorifolia; ~ pahit sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, Milettia sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ma/] | لمق

Definisi : 1 zat minyak berwarna keputih-putihan yg melekat pd daging haiwan. 2 terdapat lemak 1 atau terdapat minyak di dlmnya: nasi ~; ikan masak ~. 3 sedap atau enak (dirasa atau didengar). ~ ketam warna kuning kemerah-merahan. ~ tulang sumsum dlm tulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak

Puisi
 

Lemak manis santan kelapa,
     Buah berangan dalam padi;
Hitam manis anak siapa,
     Rasa berkenan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lardlemak babiMakanan dan PemakananMakananBahagian babi yang mempunyai tisu adipos (lemak) dikukus dan dididihkan di dalam air bagi menghasilkan lemak. Lemak boleh dipisahkan daripada komponen air dengan cara pemanasan atau penyaringan. Lemak yang terhasil berwarna putih pudar dan berbentuk pepejal lembut dengan kandungan asid lemak tepu yang tinggi. Lemak ini tidak mempunyai bau atau perisa dan lemak ini digunakan dalam masakan.
fatty acidasid lemakMakanan dan PemakananTeknologi MakananUnit asas bagi lemak dan minyak selain gliserol. Asid lemak merupakan asid organik yang mengandungi rantai karbon dengan kumpulan karboksil di hujungnya. Asid lemak diklafisikasikan kepada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Lihat juga asid lemak tepu, asid lemak tak tepu.
nutrition transitiontransisi pemakananMakanan dan PemakananPemakananPerubahan tabiat makan daripada diet tinggi kompleks karbohidrat dan serabut kepada diet tinggi lemak, lemak tepu dan gula selari dengan pembangunan negara dan pendapatan yang semakin meningkat.
fatty acidasid lemakGerontologiTiadaUnit asas bagi lemak dan minyak selain gliserol. Asid lemak merupakan asid organik yang mengandungi rantai karbon dengan kumpulan karboksil di hujungnya. Asid lemak diklasifikasikan kepada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu.
fat substitute/fat replacerpengganti lemakMakanan dan PemakananMakananSejenis bahan makanan yang mempunyai fungsi, kestabilan, fizikal dan ciri kimia yang sama dengan lemak, tetapi menyumbangkan kalori per gram yang lebih rendah berbanding dengan lemak. Pengganti lemak digunakan dalam penghasilan makanan yang rendah lemak dan kalori. Pengganti lemak boleh berasaskan protein (protein mikropartikel), karbohidrat (selulosa) dan lemak (pengemulsi).
tallowlemak lembu; lemak biri-biriKesenianTiadaBahan lemak daripada lembu atau biri-biri yang dijadikan sebagai campuran untuk membuat lilin dan krayon litografi.
fatty acidasid lemakHerbaFitokimiaSebatian asid karboksilik berantai panjang, biasanya mempunyai jumlah atom karbon genap. Asid lemak terhasil daripada hidrolisis lemak dan minyak. Asid lemak terbina daripada kondensasi berulang unit asetil Ko-A. Contohnya, asid palmitik, stearik dan linoleik.
lipogenesislipogenesisPerubatanTiadaPembentukan lemak, iaitu proses perubahan bahan bukan lemak kepada lemak dalam tubuh.
fatty acidasid lemakVeterinarTiadaSekumpulan asid organik yang mengandungi karbon, oksigen dan hidrogen pada nisbah umum CnH2nO2. Jika ia wujud dalam bentuk ester berasaskan gliserol ia dikenali sebagai trigliserida. Apabila diuraikan oleh enzim, lemak atau minyak akan menghasilkan asid lemak dan gliserol. Asid lemak boleh dikelaskan sebagai asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu berdasarkan kewujudan ikatan berganda dua antara rantai karbon atau tidak. Pada keseluruhannya, lemak atau minyak yang mengandungi asid lemak tepu rantai panjang berkeadaan pepejal dalam suhu bilik, manakala kebanyakan asid lemak tak tepu adalah dalam bentuk cecair.
lipidlipidPerubatanTiadaSekumpulan hidrokarbon yang heterogen, yang terdiri daripada lemak dan bahan seakan-akan lemak yang tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam larutan organik. Antara fungsi utama lipid ialah sebagai sumber tenaga simpanan dan juzuk struktur. Lipid terbahagi kepada beberapa jenis, misalnya steroid, asid lemak, lemak neutral, lipid majmuk dan lilin.
12345678910...

Kembali ke atas