Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mau] | لماو

Definisi : 1. tidak rancak (bunyi-bunyian); 2. tidak garing, lembik (spt biskut yg masuk angin dll); 3. lemah urat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mau] | لماو

Definisi : 1 tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemau (adjektif)
Bersinonim dengan lembik, tidak rangup, tidak garing, masuk angin;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keropok di atas meja itu sudah lemau kerana terdedah kepada udara. pola ayat ialah? FN + KAdjektif atau FKerja? kata' lemau' ialah kata adjektif atau kerja? tq

Encik Yu,

Perkataan 'lemau' ialah kata kata adjektif. Oleh itu, pola ayat ialah FN + FA. 

Tatabahasa14.06.2010
lemau ialah kata adjektif tetapi kata bantu 'sudah' bukan digunakan utk menguji kehadiran kata kerja??? boleh ke digunakan di hadapan kata adjektif? frasa sudah lemau ialah frasa adjektif atau frasa kerja? tqKata bantu yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.  Frasa sudah lemau (kata bantu + kata adjektif) boleh digunakan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 258, 395, 411.  Tatabahasa15.06.2010
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas?Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan:
 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.
2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian
3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebab­kan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan.
4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu.
Makna03.05.2014
Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Ayam yang digoreng oleh kakak telah________kerana api terlalu besar. A. Hangus B. Hangit C. Rentung D. Lemau Harap tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa12.12.2013

Kembali ke atas