Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembah (kata nama)
1. Bersinonim dengan lurah: jurang, ngarai,

2. Bersinonim dengan jurang kehidupan: kancah kehidupan.


Puisi
 

Tanah Lambor tanahnya lembah,
     Tanam keduduk bercabang dua;
Memang tanah Lambor ini bertuah,
     Siapa nak duduk mesti berdua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. Soalan: Mengikut jawaban buku, penggunaan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat di atas adalah salah. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat itu.Untuk makluman, lembah bermaksud:
 
1. Tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai).
2. (Kiasan) jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina, berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan tanah).

Berdasarkan maksud lembah tersebut, ayat yang tuan/puan kemukakan tidak ada kesalahan jika perkataan lembah digunakan.

(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu.
(ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu.

Makna02.11.2015
APAKAH EJAAN SEBENAR LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG?Ejaan yang betul ialah Lembah Klang.Ejaan15.01.2010
C8: The "twill" pattern is comprised of "hills and valleys". The "hill" portion enhances the aggressiveness of the wipe, while the "valley" portion provides a place for contaminants to hide. Malay : C8 : Corak “tenunan” yang terdiri daripada “bukit dan lembah”. Bahagian “bukit” meningkatkan keberkesanan sapuan, manakala bahagian “lembah” menyediakan kawasan bagi bahan-bahan cemar supaya tertutup. Assalamualaikum, mohon pencerahan adakah penggunaan "twill" sesuai dengan tenunan? Juga adakah "aggressiveness of the wipe" betul terjemahannya dalam bahasa melayu? Keberkesanan sapuan. Juga tolong semak sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa atau ejaan daripada ayat berikut.

Kami mencadangkan padanan “kelarai” untuk "twill" – yang bermaksud corak (anyaman, tenunan, dan lain-lain) yang berbentuk damdam (Kamus Dewan Edisi Keempat). Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya

Untuk frasa "aggressiveness of the wipe" kaedah  terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. atau  Institut Terjemahan Negara  (ITBM) pautan ada di laman utama KNDBP

Penyemakan dan penterjemahan12.01.2023
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih.Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. Badan Penulis20.07.2011
sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian

Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan.

Lain-lain03.09.2009
Mengikut cadangan anda, institusi manakah yang mempunyai kursus Bahasa Melayu? Saya sedang mencari kursus bahasa yang sesuai untuk suami saya yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bahasa ini.Kursus bahasa Melayu jangka pendek atau jangka panjang berkemungkinan besar ada dirawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa, Lembah Pantai atau Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Lain-lain21.08.2010
Pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan permis oleh dewan bahasa dan pustakaUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Bagi pelanggan yang pertama kali menggunakannya sila daftar dan dapatkan kata laluan. Untuk maklumat lanjut, baca manual pengguna yang disediakan. Bagi pelanggan yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh kunjungi kaunter Pengesahan Bahasa DBP di ibu pejabat DBP.Ejaan31.12.2019
Selanat sejahtera, 1.Kami nelawat ke Ladang Teh Boh.("ladang' perlu ditulis dengan huruf besar) 2.Penulisan Cactus Valley dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialah: Kami melawat ke ladang teh Boh.
Akan tetapi sekiranya Ladang Teh Boh merupakan kata nama khas bagi lokasi tersebut, ayat yang betul ialah:  Kami melawat ke Ladang Teh Boh.
 
Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk Cactus Valley ialah Lembah Kaktus.
Tatabahasa17.06.2022
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum.Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang.Ejaan14.02.2012
Saya menghadapi masalah untuk menguasai bahasa malysia dengan baik .Dalam masa yang sama pihak majikan minta pada saya untuk menduduki pepiriksaan julai 2009 .Seandainya saya gaga mendapat kepujiaan maka saya akan diberhentikan kerja.! Untuk itu saya meminta nasihat D.B.P bagaimana nak kuasai bahasa malysia dan tolong tunjuk tempat yang bagus untuk belajar bahasa malaysia? sekian terima kasihUntuk belajar apa pun bahasa di dunia termasuk bahasa Malaysia memerlukan ketekunan, sentiasa meneliti nota/pedoman, dan sering bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Sila hubungi Institut Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus jangka pendek (jika ada) yang boleh saudara ikut serta.Lain-lain02.01.2009
12

Kembali ke atas