Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembah (kata nama)
1. Bersinonim dengan lurah: jurang, ngarai,

2. Bersinonim dengan jurang kehidupan: kancah kehidupan.


Puisi
 

Tanah Lambor tanahnya lembah,
     Tanam keduduk bercabang dua;
Memang tanah Lambor ini bertuah,
     Siapa nak duduk mesti berdua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sondot Kdkawasan lembah.Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orang­orang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rotan enseluang, *rutan enseluang* Ibsejenis rotan.Mereka sampai di lembah yang penuh sesak dengan tumbuhan onak rotan enseluang, kemudian menaiki gunung-ganang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas