Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembah (kata nama)
1. Bersinonim dengan lurah: jurang, ngarai,

2. Bersinonim dengan jurang kehidupan: kancah kehidupan.


Puisi
 

Tanah Lambor tanahnya lembah,
     Tanam keduduk bercabang dua;
Memang tanah Lambor ini bertuah,
     Siapa nak duduk mesti berdua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lembah BujangNorliza AbdullahBerita Harian12.05.2009
Lembah LimbatSalleh YaacobBerita Minggu (Sastera dan Budaya)06.01.2002
Lembah KwaiRuhanie Haji AhmadBerita Minggu23.01.1983
'Lembah Damai antoloji puisi kanak-kanak yang indah dan bernilaiShahidan Md NohBerita Harian04.01.1976
Lembah KintaChai Loon GuanBacaria03.10.1987
Lembah KintaChai Loon GuanBacaria03.10.1987
Lembah Lohan (Buat Yang mengerti...)Mawar TintaSABAH TIMES29.06.1985
Lembah Mekong jadi sumber kajian sarjanaIsmas SaringBerita Harian11.12.1995
Lembah Mekong pengaruhi budaya MelayuTiadaUtusan Malaysia22.10.1996
Lembah Danum beri ilham kepada Mad SakiranR. Hamzah DuaUtusan Borneo18.12.1996
12345678910...

Kembali ke atas