Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembah (kata nama)
1. Bersinonim dengan lurah: jurang, ngarai,

2. Bersinonim dengan jurang kehidupan: kancah kehidupan.


Puisi
 

Tanah Lambor tanahnya lembah,
     Tanam keduduk bercabang dua;
Memang tanah Lambor ini bertuah,
     Siapa nak duduk mesti berdua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengempang1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan; 3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang;Kamus Dewan Edisi Keempat
bukaulembah; bukit ~ bukit dan lembahKamus Dewan Edisi Keempat
lembah1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lembah silikonkawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat;Kamus Dewan Edisi Keempat
memisahkan1. meleraikan (orang yg ber­gaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecah­kan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum;Kamus Dewan Edisi Keempat
empang I1. = empangan, pengempang tambak dll utk menahan arus atau aliran air (utk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dll), bendung, tebat: empangan moden telah dibina utk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; 2. kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat; 3. ki penghalang, perintang: malangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb a) perselisihan yg tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi; b) aturan (perintah) yg tidak boleh diubah (dilalui);berempangan mempunyai empangan: sungai yg ~;mengempang 1. menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: lembah-lembah sungai yg kecil telah diempang di kawasan bukit ini utk dijadikan kolam air; 2. berada atau terletak dlm keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dll), melintangi: jalan raya itu penuh sesak dgn kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;3. ki menahan, menghalang, menghambat: lajunya tidak dapat diempang; terempang terbendung, tertebat, tertahan; tiada ~ peluru oleh lalang prb kemahuan orang yg berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yg lemah; pengempangan perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan: teknologi ~ yg cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya drpd teknologi yg dihasilkan di Barat sekarang ini;pengempang empang(an).Kamus Dewan Edisi Keempat
lembah1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tikus lembahRattus muelleri;Kamus Dewan Edisi Keempat
ngarailembah atau jurang yg dalam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bukaulembah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas