Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bah] | لمبه

Definisi : 1 tanah rendah (di kiri kanan sungai, di kaki gunung atau kaki bukit). 2 ki tempat yg paling rendah atau hina: ~ maksiat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembah (kata nama)
1. Bersinonim dengan lurah: jurang, ngarai,

2. Bersinonim dengan jurang kehidupan: kancah kehidupan.


Puisi
 

Tanah Lambor tanahnya lembah,
     Tanam keduduk bercabang dua;
Memang tanah Lambor ini bertuah,
     Siapa nak duduk mesti berdua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
valley gravelkelikir lembah; kerikil lembahKejuruteraanTiadaTiada
two-cycle valleylurah dua kitarGeologiTiadaLurah yang terbentuk melalui peremajaan dan dicirikan oleh profil silang lembah-dalam-lembah.
longitudinal valleylembah membujurGeologiTiada1. Lembah subsekuen yang terbentuk di sepanjang atau pada arah yang sama dengan jurus umum strata yang terletak di bawahnya.,2. Lembah yang terbentuk selari dengan arah hala umum permatang, banjaran, atau rantaian gunung atau bukit.
transverse valleylembah melintangGeologiTiadaLembah yang merentasi permatang atau banjaran gunung atau bukit pada sudut tepat.
hook valleylembah cangkukGeologiTiadaLembah yang mengandungi cabang bercamur.
asymmetric valleylembah tak simetriGeologiTiadaLembah yang mempunyai satu sisi yang lebih curam daripada sisi yang satu lagi.
valley systemsistem lembah; sistem lurahGeologiTiadaLembah dan cabangnya.
anticlinal valleylurah antiklin/ lembah antiklinGeologiTiadaLembah yang mengikut paksi antiklin.
valley glacierglasier lembah; glasier lurahGeologiTiadaGlasier yang bergerak di lembah.
valley topographytopografi lembahLandskapTiadaRupa bentuk muka bumi di kawasan lembah yang bercerun, berbatu-batu dan juga mempunyai anak sungai di bawahnya.
12345678910...

Kembali ke atas