Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1. sl benang atau tali; 2. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang dan luas bidangnya (tali, kertas, dll), helai, utas: sehari se~ benang lama-lama menjadi kain; melembarkan mengantih atau memintal tali (benang dll); lembaran 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2. halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1 tali atau benang. 2 penjodoh bilangan utk benda yg panjang atau yg luas bidangnya (tali, benang, kertas dll); helai: Sehari se~ benang, lama-lama menjadi kain. melembarkan memintal benang dll; memilin. lembaran 1 helai (kertas, surat khabar dll). 2 muka surat (pd buku dll); halaman: Namanya ada tercatat pd ~ yg akhir. ~ hamparan ist dokumen kerja elektronik yg disusun mengikut baris dan lajur yg boleh digunakan utk menganalisis dan memaparkan data. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembar (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan benang, tali;,
Kata Terbitan : lembaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"lembar" ialah salah satu penjodoh bilangan? jika lembar ialah salah satu penjodoh bilangan, sila bina ayat dengan "lembar" Terima kasihLembar ialah penjodoh bilangan bagi sesuatu yang nipis dan lebar seperti kertas, daun dan kain. Contoh ayat, Dia dihadiahi dua lembar kain yang mempunyai corak batik.Lain-lain22.01.2022
Bahagian Lembar Bahasa di web terdapat satu kesalahan. Bil. 442, Segelintir daripada pemohon-pemohon (Salah)  Segelintar daripada pemohon (Betul) [2/2003(11)] Kesalahan: SegelintarTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan menyemak perkara ini.Lain-lain29.05.2008
Kenapa pengguna diblok dari menggunakan Lembar Bahasa? saya pengguna setia sebelum ini serta mendapatinya banyak membantu dalam kerja harian saya sebagai seorang akademik. ShakilaHal ini telah saya kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP. Sebenarnya puan masih boleh capai  Lembar Bahasa di laman web www.dbp.gov.my, di bahagian bawah sebelah kiri, klik pada Penerbitan DBP dan puan boleh capai semua Lembar Bahasa yang telah diterbitkan.Lain-lain16.12.2010
Pihak sekolah berhasrat mendapatkan terbitan lembar bahasa dan siri pedoman bahasaa melayu yang diterbitkan oleh pihak dbp. Mohon panduan untuk mendapatkan bahan tersebut daripada pihak tuanUntuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa  dan Sastera, Aras 25, Dewan Bahasa  dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127,e-mel hamuni@dbp.gov.my.Lain-lain21.01.2015
1) Istilah 'merbahaya' diterima ? Kamus Dewan edisi 4 memasukkan entri perkataan ini sedangkan yang tepat bukankah 'berbahaya'. Perkataan ini juga terdapat dalam Lembar bahasa Bil 3/2000 keluaran Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam. 2) Adakah Pusat ini mengedarkan Lembar Bahasa secara terus ke sekolah-sekolah dari semasa ke semasa ? Ini adalah penting kerana sebarang perubahan dan kemusykilan dapat dijawaboleh guru-guru bahasa.

1. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada merakamkan istilah merbahaya tetapi ditulis sebagai merbahaya -> marabahaya. Untuk makluman saudara, tanda  anak panah  (->) bererti lihat. Oleh itu perkataan yang betul ialah marabahaya. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman xlix.

2. Untuk mendapatkan Lembar Bahasa, saudara boleh  datang sendiri ke Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP. 

Istilah08.02.2010
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna.Lain-lain10.05.2013
ejaan mana yg betul adakala atau ada kala. Di Kamus Dewan dieja satu kata, tetapi pd Lembar Bahasa dieja dua kata yg betul. Tolong jelaskan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah adakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat. Mungkin berlaku kesilapan tipografi dalam Siri Pedoman Lembar Bahasa.Ejaan06.05.2009
kekeliruan berkaitan dengan koleksi lembar bahasa bil 1 2007. Ejaan yang betul dan salah sama sahaja.Tidak pasti mana satu yang betul. Antaranya:Arkitek,atlet,atur cara,baik pulih dan banyak lagi yang mengelirukan pengguna. saya juga keliru dengan ejaan yang ditulis betul seperti cedekiawan,definisi ditulis fefinisi dan istirahat ditulis isytirahat. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai.Saudara boleh mendapatkan cetakan terbaru lembar tersebut melalui laman web DBP www.dbp.gov.my pada halaman Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook.Lain-lain21.10.2009
Barisal Bivi Shaik Dawood Aug 7th, 5:03pm Assalamualaikum...Bgaimana caranya untuk saya dapatkan bahan-bahan terkini ataupun koleksi Lembar Bahasa terbitan DBP.. Saya merupakan seorang guru dan info-info terkini amat membantu saya terutama dari aspek ejaan terkini, sistem bahasa dan sebagainya.. Terima kasih.Permohonan untuk mendapat koleksi Lembar Bahasa terbitan DBP boleh dihantar kepada Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui e-mel hamuni@dbp.gov.my atau melalui talian telefon 03-2147 9129.Lain-lain07.08.2014
Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih

Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Ejaan11.12.2011
123456

Kembali ke atas