Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1. sl benang atau tali; 2. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang dan luas bidangnya (tali, kertas, dll), helai, utas: sehari se~ benang lama-lama menjadi kain; melembarkan mengantih atau memintal tali (benang dll); lembaran 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2. halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1 tali atau benang. 2 penjodoh bilangan utk benda yg panjang atau yg luas bidangnya (tali, benang, kertas dll); helai: Sehari se~ benang, lama-lama menjadi kain. melembarkan memintal benang dll; memilin. lembaran 1 helai (kertas, surat khabar dll). 2 muka surat (pd buku dll); halaman: Namanya ada tercatat pd ~ yg akhir. ~ hamparan ist dokumen kerja elektronik yg disusun mengikut baris dan lajur yg boleh digunakan utk menganalisis dan memaparkan data. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembar (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan benang, tali;,
Kata Terbitan : lembaran,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pua kumbu Ibkain tenunan Iban yang digunakan untuk hiasan atau sebagai selimut.Beberapa lembar pua kumbu digulung dengan dua gulung tikar juga turut dibayakkan.Dewan SasteraGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mampul Ibsuatu proses pemisahan warna pada kain pua kumbu iaitu dengan cara mengikat kain tersebut dengan lembar tali nilon.Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas