Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm per­mainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ ter­gadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lembing SpartaHafizul OsmanDewan Sastera1 April 2008
Sungai Lembing menyimpan kegemilangan silamIranorDewan Budaya1 January 2004
Sungai Lembing GeringAmi MasraDewan Sastera1 July 1996
Laporan penyiasatan Sungai Lembing 100 tahunNorizan MuslimDewan Masyarakat1 December 1994
Tulisannya setajam mata lembing [diwawancara oleh Rozninah Abd. Azib]S. Othman KelantanDewan Sastera1 July 2003
Sepisau sepi menghiris Sungai LembingIbnu BaharumDewan Budaya1 August 1991
Pabila singgah di Sungai LembingZaen KasturiDewan Budaya1 February 1995
Bukan Lagi Pedang, Tombak, dan LembingH.M. JajuliDewan Budaya1 June 2000
Sejarah perlombongan bijih timah bawah tanah Sungai LembingTiadaDewan Masyarakat1 December 1994

Kembali ke atas