Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm per­mainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ ter­gadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBING UMUM 
MEREJAM LEMBING

Merejam lembing. Acara padang yang memerlukan seseorang peserta membaling lembing sejauh yang mungkin ke dalam kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
MELEMBING IKAN

Melembing ikan ialah sukan memburu ikan

dalam air dengan menggunakan lembing atau tiruk,

atau menggunakan senapang yang melancarkan

lembing. Penggemar melembing ikan memburu

ikan di dalam sungai, tasik, dan lautan di seluruh

dunia. Ikan yang ditangkap dijadikan makanan.

Sesetengah ahli biologi menggunakan kaedah

melembing ikan apabila menanda ikan untuk tujuan

penyelidikan, tanpa mencederakan ikan tersebut.

UMUM 
MATA FOLSOM

Mata folsom, sejenis mata lembing prasejarah,

bukti pertama yang menunjukkan bahawa manusia

tinggal di Amerika Utara pada Zaman Ais.

UMUM 
TARBIL

Tarbil ialah mesin perang yang melemparkan

objek seperti lembing atau batu atau melontarkan

benda berat yang besar terhadap pertahanan

musuh. Terdapat dua jenis utama tarbil: bukan

kilasan dan kilasan . Tarbil bukan kilasan berfungsi

seperti panah raksasa, yang kuasa lontarannya

datang daripada serat regang yang dilepaskan.

UMUM 
MERSUJI

Mersuji ialah nama sekumpulan ikan buruan

yang besar yang hidup di lautan. Ikan ini berkaitan

dengan ikan lembing dan ikan layar. Kebanyakan

mersuji beratnya dari 20 hingga 180 kilogram,

tetapi sesetengahnya lebih berat lagi.

UMUM 
KEEMBUNG TAMAN

Keembung taman ialah bunga taman tahunan

yang berasal dari India. Ia sering ditanam di taman.

Tumbuhan ini tumbuh setinggi kira-kira 75

sentimeter, dan mempunyai batang yang tebal dan

berair, dan daun berbentuk lembing berwarna

hijau pucat. Bunganya berupa gugusan kelopak

yang tidak malar.

UMUM 
THISTLE

Thistle ialah nama yang diberi kepada

sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan

duri tajam. Thistle adalah rumpai yang

mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di

dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle

menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle

Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak,

ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di

sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang

paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah

tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun

tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah

tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua

tahun sahaja.

UMUM 
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
PITJANTJATJARA

Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli

Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup

berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik

Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi

Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini

mempunyai sedikit punca air atau lembah yang

subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah

dan lembing tetapi tidak menggunakan

boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir

mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan

buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan

cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput

dan bahagian tumbuhan untuk makanan.

UMUM 
12

Kembali ke atas