Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu susu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah.Ayat pasif yang betul:

Susu lembu awak pandai perah.
Tatabahasa11.11.2015
Salam, Yang manakah betul? 1) Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya. 2) Encik Ali ingin memproses susu lembu daripada ladang ternaknya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya". Dalam ayat di atas, kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan tempat. 
Tatabahasa13.12.2021
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023
1)Ketulenan sesuatu barangan yang hendak kita beli tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat harganya sahaja.2)Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke belakang.3)Tuan Gurdip telah memajak susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.(TOLONG BETULKAN JIKA SALAH.TERIMA KASIH)Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Ketulenan sesuatu barangan yang kita hendak beli tidak boleh ditentukan dengan melihat harganya sahaja.
2. Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke hadapan.
3. Encik Gurdip telah memerah susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.
Tatabahasa14.09.2012
masalah saya ialah dalam frasa berikut :daging lembu, keropok udang, susu kambing,adakah perkataan lembu, udang dan kambing dalam frasa tersebut digolongkan ke dalam kata nama hidup bukan manusia atau frasa tersebut digolongkan dalam kata nama tak hidup bukan manusia.Terima kasih!Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang.


Perkataan lembu, udang dan kambing ialah kata nama hidup bukan manusia.  
Tatabahasa22.09.2016
Syarikat: Boohaci Infinity Sdn. Bhd Jenama: Teego Soalan: Adakah perkataan dan ayat yang digunakan sesuai untuk papan tanda syarikat?Betulkan keterangan aktiviti perniagaan:
PEMBUAT MAKANAN DAN MINUMAN / KILANG MAKANAN DAN MINUMAN (pilih yang sesuai) 
Betulkan teks:  SUSU LEMBU SEGAR, SUSU KAMBING ASLI, SNEK DAN BISKUT



Lain-lain30.09.2023
Dalam setiap ayat di bawah ini , terdapat satu kesalahan bahasa.Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1 Segelintir murid-murid yang sedang merokok telah ditangkap oleh guru disiplin yang sedang berada di kawasan tandas. 2 Susu lembu yang dipelihara oleh Sarjit Singh telah dicuri oleh beberapa orang berdekatan dengan kampungnya. 3 Kementerian Pertahanan akan membeli senata yang canggih untuk memperteguhkan pertahanan negara.Dalam setiap ayat yang dikemukakan terdapat lebih dari satu kesalahan bahasa. Untuk rujukan berkaitan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merangkumi pelbagai pedoman berkaitan penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang betul.Tatabahasa16.10.2017
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi
Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi.

Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. 
Penyemakan dan penterjemahan18.07.2021
1)Milking Complex milk storage room, cold room, utility room, control room, operator pit, manager room, meeting room, office, surau, male toilet, female toilet, milking parlour area 2)Cow Barn 3)Calf Shed 4)Heifer shed 5)Silage Store 6)Bio-Security 7)Fertilizer Store 8)Feed store 9)Guard House 10)Cattle Surveillance Post 11)TNB Sub-Station H.T switch gear room,Transformer room,MSB room 12)Water Tank 13)Septic Tank 14)Waste/Manure Treatment Ponds 15)Cattle Loading/Unloading Area1)Kompleks Pemerahan Susu bilik penyimpanan susu, bilik sejuk, bilik utiliti, bilik kawalan, pit operator, bilik pengurus, bilik mesyuarat pejabat, surau, tandas lelaki, tandas perempuan, ruang memerah susu 2)Kandang Lembu 3)Kandang Anak Lembu 4)Kandang Lembu Dara 5)Stor Silaj 6)Bio Keselamatan 7)Stor Baja 8)Stor Makanan 9)Pondok Pengawal 10)Pos Peninjau Lembu 11)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi, bilik transformer, bilik MSB 12)Tangki Air 13)Tangki Septik 14)Kolam Rawatan Tinja 15)Ruang Pemunggahan LembuIstilah25.10.2011
Selamat sejahtera, Saya ingin tahu tentang penggunaan istilah/pemilihan kata yang tepat untuk merujuk sumber susu haiwan. Jika merujuk manusia, kita lazimnya menggunakan istilah payudara atau buah dada. Namun, bagaimana pula dengan haiwan? Maniskah jika disebut tetek haiwan? Agak kurang sopan saya rasakan biarpun merujuk haiwan. Mohon pencerahan DBP. Terima kasih.Kata "tetek" didefinisikan sebagai buah dada; kelenjar susu haiwan (seperti lembu, kambing) yang menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. Berdasarkan keterangan tersebut kata "tetek" lebih sesuai untuk haiwan. Makna04.10.2021

Kembali ke atas