Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu susu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN PEMERUSUAN

Mesin pemerusuan atau mesin pemerah susu

ialah alat untuk memerah susu lembu. Kebanyakan

ladang tenusu memerah susu lembu dengan mesin

ini, dan tidak dengan tangan. Mesin ini

mengurangkan kos, kerana ia mengurangkan

jumlah pekerja yang diperlukan untuk memerah

susu. Ia juga menjadikan susu sentiasa bersih.

UMUM 
TENUSU

Tenusu ialah satu cabang pertanian yang berkaitan

dengan pengeluaran susu, mentega, susu sejat,

aiskrim, keju, dan keluaran susu kering. Penjagaan

dan penternakan lembu tenusu juga termasuk dalam

cabang pertanian ini. Tenusu diusahakan di

kebanyakan negara. Denmark, Perancis, Itali, New

Zealand, dan Switzerland merupakan negara yang

terkenal dengan keluaran tenusu.

UMUM 
VEGETARIANISMEVegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya.PEMAKANANProses/Tindak Balas
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 
SKROFULA

Skrofula ialah sejenis tuberkulosis (batuk kering)

yang menyerang nodus limfa di leher. Tisu ini

membantu badan melawan penyakit dengan

menapis bakteria dan mikrob lain daripada

kerongkong. Kebanyakan kes skrofula disebabkan

meminum susu tanpa dipasteurkan daripada

lembu yang menghidap tuberkulosis. Suhu

daripada lembu itu mengandungi tuberkulosis.

Pempasteuran membunuh bakteria tuberkulosis,

dan hampir tiada kes skrofula terjadi di negara

yang susunya dipasteur secara tetap.

UMUM 
SILO

Silo ialah tong simpanan untuk tumbuhan hijau yang

dicencang yang digunakan sebagai makanan haiwan

ternakan. Silo membolehkan peladang membekalkan

makanan yang berjus, sedap kepada haiwan ternakan

sepanjang tahun. Sebelum silo direka, lembu

menghasilkan kurang susu pada musim sejuk kerana

tiada rumput hijau untuk dimakan.

UMUM 

Kembali ke atas