Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.but] | لمبوت

Definisi : 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.but] | لمبوت

Definisi : 1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,

Puisi
 

Lembut lemak sisi bemban,
     Terendak ikan letak di paya;
Lemak lemah sirih digenggam,
     Hendak diunjuk emaknya ada.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teraju lembutteraju lembutKesenianTiadaKedudukan simpulan tali teraju bawah yang paling atas daripada pusat sayap.
palatal reflexrefleks palatalPerubatanTiadaMerangsang lelangit lembut menyebabkan kenaikan lelangit lembut seperti semasa penelanan. Sinonim refleks penelanan.
follettefoletKesenianTiadaSkarf segi tiga daripada fabrik lembut yang berwarna lembut, dililit di leher dan kedua-dua hujungnya diselitkan ke dalam garis leher baju, dipakai pada awal abad ke 18.
soft gelatine capsulekapsul gelatin lembutFarmasiFarmaseutikKapsul lembut yang dihasilkan dan diisi dengan campuran bahan aktif dan bahan tambah dalam satu operasi yang sama. Sifat lembut kapsul ini disebabkan kandungan pemplastik yang tinggi seperti gliserol. Campuran bahan isi boleh terdiri daripada minyak, emulsi dan cecair yang mempunyai berat molekul yang tinggi.
softwoodskayu lembutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan Gymnospermae yang menghasilkan kayu. Struktur sel kayu lembut terdiri daripada trakied, trakeid ruji dan parenkima, tetapi tidak mengandungi vesel atau liang. Spesies dagangan kayu lembut biasanya dari order Coniferales. Contoh utama kayu dagangan ialah sprus dan pain, dan di Malaysia ialah damar minyak, sempilur, dan podo. Sin: kayu konifer.
cool colourwarna lembutKomunikasiTiada1. Warna-warna yang dapat memberikan kesan yang lembut atau sejuk. Contohnya, warna biru dan hijau. 2. Pancaran cahaya yang dapat menghasilkan kadar senjang yang rendah dengan menggunakan turas pembias atau turas kabus. Penggunaan turas ini akan menghasilkan imej atau gambar yang kelihatan lembut.
coprophagykoprofagiVeterinarTiadaSatu tabiat semula jadi arnab dan sesetengah haiwan yang memakan semula najis lembut yang dikeluarkan. Haiwan-haiwan ini berupaya mengeluarkan dua jenis najis, iaitu najis keras atau kering (najis biasa) dan najis lembut, iaitu daripada sekum. Najis lembut ini dikeluarkan sekali sahaja pada setiap pagi sebelum najis keras dikeluarkan. Haiwan tersebut akan menjilat semula najis ini untuk mendapatkan nutrien seperti elektrolit, protein dan asid amino serta vitamin yang dihasilkan dalam sekum oleh bakteria tertentu. Sebahagian besar nitrogen (60-80%) dalam najis lembut terdiri daripada sel-sel bakteria. Najis lembut ini mengandungi nilai serabut yang rendah di samping kandungan asid organik yang tinggi.
soft wheatgandum lembutMakanan dan PemakananTeknologi MakananGandum yang mengalami pemecahan endosperma secara rawak dan menghasilkan sel endosperma yang mudah pecah serta melekat pada kulit. Gandum lembut menghasilkan tepung yang sangat halus, melekat sesama sendiri serta sukar diayak. Gandum lembut mempunyai kandungan protein yang rendah dan menghasilkan tepung yang kuat serta berupaya membentuk doh yang lebih kenyal. Gandum ini lebih sesuai bagi pembuatan roti kerana menghasilkan roti yang berisi padu tinggi, bertekstur baik dan boleh disimpan lama.
sable brushberus lembutKesenianTiadaBerus yang lembut bulunya biasanya daripada bulu binatang.
soft focusfokus lembutKomunikasiTiadaLihat: tumpu lembut.
12345678910...

Kembali ke atas