Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lém.par] | ليمڤر

Definisi : (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; mem­buang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung ke­lihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melanting­kan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. menge­luarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadap­kan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepada­nya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lém.par] | ليمڤر

Definisi : /lémpar/; ~ cakera (lembing dsb) pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. melempar 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. melempari melempar berkali-kali; melontari. melemparkan 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. lemparan hasil drpd melempar; lontaran. pelempar 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lempar
Kata Terbitan : melempar, melemparkan, lemparan, pelempar,

Puisi
 

Putik pauh lempar berdengung,
     Jatuh berserak di dalam padi;
Dari jauh adinda tersenyum,
     Apakah hajat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lempar bunga dibalas lempar tahi.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) mendefinisikan 'black sheep' hanya sebagai noun, figurative, 'kambing hitam'. Istilah 'black sheep' dalam Kamus Istilah Malaysia mempunyai istilah sasar sebagai 'kambing hitam' dan huraian 'Seseorang yang tidak disenangi dan sering disalahkan apabila berlaku sesuatu perkara, di dalam satu kumpulan.'. Kamus Istilah Malaysia memberikan istilah sasar 'mangsa lempar salah'/'mangsa lempar-tuduh'/'kambing hitam'. Adakah ini bermaksud KIMD dan Kamus Istilah menganggap istilah BI 'black sheep' dan 'scapegoat' mempunyai maksud yang sama? Ini kerana kedua-dua istilah ini (yang mempunyai definisi berbeza dalam BI) diberikan erti 'kambing hitam' dalam KIMD dan Kamus Istilah. Mohon penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan berkenaan padanan dan huraian istilah 'Black sheep' dan 'Scape goat'. Pihak kami akan menyemak semula perkara ini untuk dibetulkan.Makna09.03.2010
Salam sejahtera. Boleh saya minta pencerahan tentang perbezaan antara perkataan baling, lontar, lempar, campak dan mana-mana perkataan yang sama maksud? Terima kasih.Saudara boleh sahaja menyemak makna yang telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh persamaan dan perbezaan bagi kata-kata tersebut. Turut dibekalkan dalam kamus tersebut ialah golongan/kelas kata, ejaan Jawi, pecahan makna, contoh penggunaan, peribahasa dan sebagainya. Kata terbitan dan frasa bagi setiap kata juga disertakan.Makna14.12.2023
#apakah yang dimaksudkan dengan buang, anak dan buang anak??Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, buang ialah campak atau lempar. Anak ialah manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir. Buang anak pula ialah tidak mahu anak atau tidak mengaku anak (peribahasa). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum.Makna03.01.2008
Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated .Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep.Penyemakan dan penterjemahan25.02.2015

Kembali ke atas