Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lém.par] | ليمڤر

Definisi : (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; mem­buang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung ke­lihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melanting­kan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. menge­luarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadap­kan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepada­nya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lém.par] | ليمڤر

Definisi : /lémpar/; ~ cakera (lembing dsb) pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. melempar 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. melempari melempar berkali-kali; melontari. melemparkan 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. lemparan hasil drpd melempar; lontaran. pelempar 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lempar
Kata Terbitan : melempar, melemparkan, lemparan, pelempar,

Puisi
 

Putik pauh lempar berdengung,
     Jatuh berserak di dalam padi;
Dari jauh adinda tersenyum,
     Apakah hajat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lempar bunga dibalas lempar tahi.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fly-castinglempar layangPerikananTiadaKaedah melontar yang digunakan dalam pancing layang. Contoh lempar layang yang biasa digunakan ialah lempar pintal dan lempar belakang.
fly patterngaya lemparPerikananTiadaCara membuat lemparan tali pancing yang dilakukan dalam kaedah pancing layang. Umpan boleh dilempar mengikut gaya tertentu bergantung pada jarak dan lokasi umpan yang jatuh ke dalam air. Sekiranya umpan hendak dilempar jauh daripada pemancing, lemparan perlu dilakukan secara mendatar. Umpan juga boleh dijatuhkan berhampiran pemancing yang dilakukan dengan cara melempar tinggi tali pancing dan kemudiannya menyentap sedikit tali ke arah pemancing. Antara gaya lempar yang biasa dilakukan ialah lempar perbetul, lempar libas dan lempar paracut. Lihat juga pancing layang, lempar perbetul, lempar libas, lempar paracut.
curve castlempar lengkukPerikananTiadaKaedah melontar tali joran melepasi sesuatu halangan seperti batu, kayu atau pokok bagi membolehkan umpan dapat dilempar ke kawasan sasaran. Kaedah lempar lengkuk digunakan untuk mengurangkan rintangan angin atau air terhadap umpan atau tali pancing.
roll castlempar pintalPerikananTiadaKaedah melontar tali joran dari hadapan, iaitu tali pancing dilibas ke hadapan untuk menghasilkan gelung dan melonjakkan tali pancing jauh ke hadapan. Lempar pintal digunakan apabila lemparan dari belakang tidak dapat dilakukan kerana terdapatnya halangan. Kaedah ini merupakan asas dalam pancing layang.
upthrowlempar naikGeografiTiadaTiada
upthrowlempar naikGeologiTiadaTiada
throwlempar, jarak tayangKejuruteraanTiadaTiada
upthrowlempar naikPertanianTiadaTiada
overthrowinglempar lampau (Sofbol)SukanTiadaTiada
overthrowgulingkan;; lempar lampau (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas