Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[len.ca.na] | لنچان

Definisi : tanda yg dibuat drpd logam dll dan dipakai di dada (utk menunjukkan keanggota­an sesuatu persatuan, sekolah, dll): tiap-tiap ahli jawatankuasa pemungut derma mem­punyai ~ di baju mereka; berlencana memakai lencana: sekumpulan pelajar yg ~ sekolah kelihatan berkeliaran di pekan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[len.ca.na] | لنچان

Definisi : tanda yg dibuat drpd logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) utk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan, murid sesebuah sekolah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lencana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah penjodoh bilangan bagi lencana?Lencana ialah tanda yang dibuat daripada logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan atau murid sesebuah sekolah. Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi lencana ialah keping.
Lain-lain15.05.2018
Manakah perkataan yang sesuai digunakan untuk sekolah, lencana, logo atau lambang ? Adakah istilah ini berubah mengikut situasi? Contoh - lencana sekolah pada baju, tapi lambang/ logo sekolah pada kepala surat. Secara umum mana satu? TerimakasihMenurut Kamus Pelajar, lencana ialah tanda yang dibuat daripada logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan atau murid sesebuah sekolah.

Lambang pula ialah tanda (lukisan, lencana dan lain-lain) yang digunakan untuk memperkenalkan atau untuk menyatakan sesuatu simbol atau isyarat. Contoh, Warna putih lambang kesucian.

Manakala logo pula ialah lambang khas sesuatu badan, pertubuhan dan sebagainya, yang tersirat dengan maksud tertentu.

Contohnya gambar daun lontar merupakan lambang Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan pada kepala surat, lencana, logo, program rasmi DBP dan lain-lain. Begitu juga lambang sekolah digunakan pada lencana pelajar, kepala surat, program rasmi sekolah dan pelbagai lagi.
Tatabahasa30.05.2013
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih.1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan ....
3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan.
4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.

Tatabahasa17.10.2012
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM.Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia.Lain-lain01.10.2007
cogan atau cogan kataMakna cogan ialah panji-panji atau lencana sebagai lambang; atau disebut juga cogan kata.Makna29.05.2008
Apakah maksud perkataan belibir? Terdapat penggunaan 'belibir' pada uniform tentera darat iaitu "Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna". Saya mencari di dalam kamus tetapi tiada. Adakah ia merupakan salah satu kosa kata bahasa Melayu? boleh dilihat pada link berikut http://pesona.mmu.edu.my/~ktng/502AW/wataniah/pakaian_lelaki.htmlTidak ada perkataan belibir dalam pangkalan data kami, melalui semakan data korpus DBP juga tidak menemukan penggunaan kata belibir. Hal ini perlulah dirujuk terus kepada pihak yang berkenaan dan pihak kami juga akan cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kata tersebut.Istilah08.10.2014
Apakah terjemahan bagi button badge dalam bahasa Melayu?
Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah button badge ialah lencana butang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah25.07.2023
Apakah terjemahan 'button badge' dalam bahasa Melayu, iaitu sejenis salah satu bentuk cenderamata.
Cadangan padanan yang sesuai bagi "button badge" ialah "lencana butang". 
Penyemakan dan penterjemahan09.11.2022
Saya ingin tahu terjemahan untuk frasa 'premium gift' dan 'button bagde' dalam Bahasa Malaysia. Juga 'ceramic mug'. Terima kasih.Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah cenderamata istimewa (premium gift), lencana butang (button badge) dan kole seramik (ceramic mug).Istilah08.02.2012

Kembali ke atas