Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menye­rupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1 bahagian anggota badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~ depan bahagian lengan dr siku ke pergelangan tangan; pangkal ~ bahagian lengan atas dr siku. 2 bahagian drpd sesuatu (spt pd baju, dacing) yg menyerupai lengan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan. 3 kaki hadapan (bagi binatang yg berkaki empat). 4 garisan yg membentuk sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengan

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As'salam. Saya ingin bertanya istilah yang tepat bagi perkataan Robotic arm, adakah Lengan robotik atau Robot lengan. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah lengan robotik.Penyemakan dan penterjemahan31.07.2018
"Kadangkala,aku dan bapa turut menyingsing lengan membantu datuk di kebun." Adakah "menyingsing lengan" merupakan simpulan bahasaUntuk makluman tidak terdapat simpulan bahasa tentang menyingsing lengan dalam sistem rujukan kami. Maksud menyingsing membawa maksud menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek.Tatabahasa27.04.2016
a atau b yang betul: a) Gadis itu berenggang dari lengan Aisha. b) Gadis itu berenggang daripada lengan Aisha.Aya t yang betul ialah 'Gadis itu berenggang dari lengan Aisha.' Tatabahasa19.09.2011
Tanya: Dia menyilangkan lengan atau Dia menyilangkan tangan?Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa12.03.2024
single mono swing -armswing-arm= lengan ayunEjaan07.06.2011
1)Adakah perkataan senget sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Mohon pencerahan. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. 2)Adakah kata penguat 'terlalu amat' di bawah sesuai digunakan? -Kuala Tahan terlalu amat terkenal sebagai lokasi tumpuan pengail.Untuk ayat (1) perkataan "senget" sesuai.

Ayat (2) pula kata penguat "terlalu amat" sesuai digunakan tetapi secara gramatisnya agak lewah.
Lain-lain29.08.2014
Salam Sejahtera, Saya mencari makna peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam carian, saya memperoleh dua maklumat yang berbeza; 1. carian 'alang-alang' - peribahasa tersebut membawa maksud kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; (muka surat 31) 2. carian 'pekasam' - peribahasa tersebut membawa maksud membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang. (muka surat 1161) Oleh itu, saya mohon penjelasan tentang maksud sebenar peribahasa ini. Adakah peribahasa ini juga membawa maksud yang sama dengan peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah? Terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu. Justeru, makna yang lebih tepat ialah makna yang terkandung dalam kamus tersebut. Walau bagaimanapun, makna peribahasa tersebut yang dihuraikan oleh Kamus Dewan juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada kontesk penggunaannya ketika itu.Tatabahasa04.09.2015
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013
Saya ingin tahu maksud bagi peribahasa berikut : Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ada beberapa buah buku peribahasa menyatakan maksud iaitu sekiranya melakukan kejahatan, hendaklah dibuat sehingga selesai. Adakah maksud tersebut tepat? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan juga Kamus Dewan, maksud peribahasa tersebut ialah kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.Makna26.01.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan handsock?Kami mencadangkan "handsock" diterjemahkan sebagai "sarung lengan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah13.06.2022
12

Kembali ke atas