Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menye­rupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1 bahagian anggota badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~ depan bahagian lengan dr siku ke pergelangan tangan; pangkal ~ bahagian lengan atas dr siku. 2 bahagian drpd sesuatu (spt pd baju, dacing) yg menyerupai lengan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan. 3 kaki hadapan (bagi binatang yg berkaki empat). 4 garisan yg membentuk sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengan

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKU

Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan

atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus

tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang

tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan

ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang

lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih

kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi

humerus-ulna dan sendi humerus-radius

membolehkan seseorang membengkokkan

lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna

dan sendi humerus-radius membolehkan

seseorang memutarkan lengan bawah dan

memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah.

UMUM 
ELL

Ell ialah ukuran panjang yang dikira dari lengan

bawah. Perkataan ini berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, eln atau Teutonik, alina, yang

bermakna lengan bawah dari hujung jari hantu

hingga  siku.

UMUM 
TAPAK SULAIMAN

Tapak sulaiman, juga dikenali sebagai bintang

laut, ialah haiwan laut yang berduri kulitnya yang

mempunyai unjuran yang tebal bak lengan pada

badannya. Kebanyakan spesies tapak sulaiman

mempunyai lima “lengan” dan kelihatan seperti

bintang lima bucu. Sesetengah spesies mempunyai

40 lengan atau lebih. Tapak sulaiman hidup dalam

semua lautan di dunia.

UMUM 
ANGGOTA PALSU

Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan

atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit,

atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga

dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu

yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota

manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan

dapat menolong seseorang mengambil bahagian

dalam kebanyakan kegiatan harian.

UMUM 
TANGAN

Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau

lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek.

Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh

bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan

pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan

menggenggam benda dan melakukan banyak

pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin

tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh

bersetentang. Untuk membantu memahami kerja

yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa

menggerakkan ibu jari anda.

UMUM 
PERGELANGAN TANGAN

Pergelangan tangan ialah sendi yang

menyambungkan tangan dan lengan bawah. Kita

menggunakan pergelangan tangan untuk

menggerakkan tangan ke atas, ke bawah dan ke

sisi. Perkataan pergelangan tangan juga merujuk

kepada satu kawasan di bahagian atas tangan.

Kawasan ini termasuk lapan tulang kecil yang

dinamakan karpal.

UMUM 
SENTORA

Sentora ialah makhluk dalam mitologi Yunani.

Makhluk ini mempunyai kepala, lengan, dan bahu

manusia dengan bahagian bawah tubuh serta

kakinya seperti kuda.

UMUM 
SPAN

Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan

lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai

kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup

melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan

lain-lain objek di bawah permukaan air. Span

dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat

lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab ini manusia dahulunya

menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan.

Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis

haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan

makanan. Span tidak dapat membuat makanannya

sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan.

UMUM 
TIMBANGAN DAN UKURAN

Timbangan dan ukuran ialah piawai yang

digunakan untuk mencari saiz benda. Sistem

ukuran yang terawal berdasarkan pada unit seperti

kaki dan hasta (panjang lengan bawah manusia)

yang mudah digunakan, atau berdasarkan pada

berat logam berharga. Sistem ini telah digantikan

dengan sistem metrik, yang dicipta di Perancis

pada tahun 1790-an, berdasarkan pada meter, gram

atau kilogram, dan saat.

UMUM 
ARGONAUT

Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya

dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di

permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan

ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air

melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah

kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15

sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih

daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita,

argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada

lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas.

Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur

membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang

melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas

yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal

daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini

ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan

tidak membentuk cangkerang.

Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam

famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah

Argonauta argo.

UMUM 
12

Kembali ke atas