Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menye­rupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.ngan] | لڠن

Definisi : 1 bahagian anggota badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~ depan bahagian lengan dr siku ke pergelangan tangan; pangkal ~ bahagian lengan atas dr siku. 2 bahagian drpd sesuatu (spt pd baju, dacing) yg menyerupai lengan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan. 3 kaki hadapan (bagi binatang yg berkaki empat). 4 garisan yg membentuk sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengan

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Mari dibungkus tudung kain;
Sungguhpun buruk hatiku berkenan,
     Tidak boleh ditukar lain.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
set-in-sleevelengan padanan; mencantumkan lenganPentadbiran PerniagaanTiada1. Lengan padanan: Lengan yang dibuat berasingan sebelum dipadankan dengan bahagian lain pada badan.,2. Mencantumkan lengan: Proses meletakkan lengan dengan bahagian lain dengan cara menjahit.
cut-in-one bodice and sleevebadan lengan sekeratKesenianTiadaBadan dan lengan pakaian yang digunting sekali, misalnya lengan dolman, lengan sayap, lengan kimono dan kaftan.
puff sleevelengan gelembungKesenianTiadaLengan padanan sama ada pendek atau panjang yang bergelembung di kepala lengan, hujung lengan dengan kedut lepas atau dilisu. Popular pada 1920-an dan akhir 1960-an dan masih digunakan untuk pakaian bayi dan kanak-kanak.
lever armlengan tuil/lengan tuasKejuruteraanTiadaLengan bagi momen lentur, yakni hasil bahagi momen lentur dengan daya yang menyebabkan momen lentur itu.
puff sleevelengan gelembungPentadbiran PerniagaanTiadaLengan padanan sama ada pendek atau panjang yang bergelembung di kepala lengan, hujung lengan dengan kedut lepas atau dilisu. Popular pada 1920-an dan akhir 1960-an dan masih digunakan untuk pakaian bayi dan kanak-kanak.
underarm gussetkekek rusukKesenianTiadaKekek yang dicantum pada ketiak pakaian untuk tujuan memberi keselesaan pergerakan lengan. Contohnya, lengan kimono dan lengan baju kurung.
cubituskubitusPerubatanTiada1. Sendi di antara lengan atas dan lengan bawah; siku.,2. Lengan bawah.
cased sleevelengan wadah/lengan kasingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
brachiocubitalbrakiokubitalPerubatanTiadaBerkenaan lengan dan lengan bawah.
dropped shoulder (sleeve)bahu lengan menurunKesenianTiada1. Bahagian bahu pakaian yang mengunjur ke bahagian lengan atas.,2. Kelim keruk lengan yang terletak di atas lengan atas dan tidak terletak pada keruk lengan asal, popular pada 1825 hingga 1826 dan pertengahan tahun 1980-an.
12345678910...

Kembali ke atas