Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kap] | لڠکڤ

Definisi : 1. genap, tidak ada yg kurang: ling­karan yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg diguna­kan utk melengkapkan sesuatu: barang­-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (me­lengkapkan, memperlengkap): ia juga ber­guna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tam­bahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg meleng­kapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kap] | لڠکڤ

Definisi : 1 cukup serba-serbi; tidak ada yg kurang: Kamus yg diterbitkan oleh mereka itu tidak ~. 2 beralat senjata dgn sempurna; segala-galanya telah sedia: Pasukan tentera itu bersenjata ~. berlengkap bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. melengkapi menjadikan lengkap (oleh sesuatu): Buku ini diterbitkan utk ~ buku teks di sekolah. melengkapkan menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. memperlengkap menjadikan lebih lengkap. kelengkapan 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). perlengkapan 1 hal berlengkap. 2 segala alat atau perkakas (spt senjata dsb) utk berlengkap. pelengkapan perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. pelengkap 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pola lengkappola lengkapKesenianTiadaUkiran yang mempunyai komponen yang sempurna yang menggabungkan pelbagai motif semua unsur dalam satu ukiran yang lengkap yang lebih menitiberatkan unsur tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya lebih lembut dan mudah disusun. Bentuknya merangkumi seluruh pohon. Sistem susunannya berpiuh-piuh, bergulung-gulung, bersilat, berawan larat, dan sebagainya. pola induk
complete residue systemsistem sisa lengkap; sistem reja lengkapMatematikTiadaSebarang set wakilan yang dipilih setiap satu daripada kelas reja.
closed entryentri lengkapPerpustakaanTiada1. Entri katalog bagi penerbitan bersiri atau karya dalam beberapa jilid yang mengandungi maklumat bibliografi lengkap yang butiran terperinci bibliografinya dirakam di dalam Entri Terbuka setelah perpustakaan menerima set lengkap.,2. Entri katalog yang tidak meninggalkan ruang kosong di dalam badan entri atau dalam koleksi supaya butiran tambahan koleksi boleh dirakamkan kemudian.
incomplete root developmentpertumbuhan akar tak lengkapPergigianTiadaAkar gigi desidus atau kekal yang belum selesai pembentukannya dengan hujung apikal masih terbuka. Umumnya akar gigi lengkap terbentuk sepenuhnya enam bulan selepas gigi erupt. Rawatan apeksogenesis akan dijalankan sekiranya pembentukan akar tidak lengkap akibat trauma atau infeksi.
Gestaltprinsip lengkapanPsikologiPsikologi UmumPrinsip yang menjelaskan tentang persepsi, ingatan atau pemikiran yang berkecenderungan untuk melengkapkan sesuatu yang tidak lengkap, yang kemudiannya dilihat sebagai cukup sempurna, baik dan berada dalam bentuk yang simetri. Contohnya, gambar yang dilakarkan tidak lengkap akan dipersepsikan lengkap oleh orang yang melihatnya. Prinsip lengkapan dikenali juga sebagai hukum penutupan.
close entryentri lengkapPerpustakaanTiadaEntri yang lengkap dengan maklumat bibliografi yang merangkum semua bahagian karya.
complete degeneracydegenerat lengkapFizikMekanik KuantumKemerosotan lengkap syarat yang menyatakan bahawa semua keadaan mempunyai tenaga yang sama.
full dresspakaian lengkapKesenianTiadaIstilah untuk pakaian formal lengkap lelaki dan wanita bagi menghadiri majlis rasmi.
accompagnato (It)iringan lengkapKesenianSeni Muzik

Muzik latar yang lengkap untuk nyanyian gaya tutur.

full dresspakaian lengkapPentadbiran PerniagaanTiadaIstilah untuk pakaian formal lengkap lelaki dan wanita bagi menghadiri majlis rasmi.
12345678910...

Kembali ke atas