Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[léng.ko/] | ليڠکوق

Definisi : (léngkok) bahagian sesuatu (garisan, jalan, sungai, dsb) yg bengkok (berkelok), kelok, keluk, selekoh (bkn jalan); berlengkok mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dll); melengkok menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[léng.ko/] | ليڠکوق

Definisi : /léngkok/ bahagian drpd sesuatu (spt sungai, jalan, garisan) yg berkelok; lengkung. berlengkok berbelok ke kiri atau ke kanan bentuknya; berkelok. melengkok menjadi bengkok; menjadi melengkung (ttg dawai yg dipanaskan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkok (kata nama)
Bersinonim dengan lengkungan, kelok, keluk, selekoh, liku, lok;,
Kata Terbitan : berlengkok, melengkok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon hantar senarai istilah dan daftar ejaan baru seperti alamat yang diberikan . tadika k-Intelek, 43 Lengkok Meru Permai 1, Meru Raya .30020 Ipoh Perak Malaysia. lengkokTiada terbitan khusus tentang istilah dan kata baharu, kecuali menyemak kamus atau buku istilah. Tuan juga boleh menyemak atau membuat carian kata dan istilah melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain05.04.2015
Soalan 1 Jata Negara (dilengkongi/dilengkungi) oleh dua karangan padi. Soalan saya: Apakah jawapan yang betul?saya keliru dengan maksud dilengkongi dengan dilengkungi. soalan 2 Warna kuning warna diraja. Soalan saya: Adakah perkataan diraja perlu guna huruf besar untuk huruf pertama? Iaitu menjadi Diraja1. Maksud "LENGKUNG" ialah lengkok, kelok, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dilengkungi ialah dilengkok atau dikelok. Tiada istilah "dilengkongi".
2. ejaan yang betul "Diraja" bagi yang bersifat umum ialah "Warna kuning warna diraja". Contoh lain yang bersifat umum ialah "keluarga diraja, peralatan kebesaran diraja dan hormat diraja".
Tetapi, bagi yang bersifat khusus, ejaannya ialah "Diraja" seperti "Polis Diraja Malaysia", "Profesor Diraja", dan lain-lain.
Tatabahasa19.10.2014

Kembali ke atas