Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[léng.ko/] | ليڠکوق

Definisi : (léngkok) bahagian sesuatu (garisan, jalan, sungai, dsb) yg bengkok (berkelok), kelok, keluk, selekoh (bkn jalan); berlengkok mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dll); melengkok menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[léng.ko/] | ليڠکوق

Definisi : /léngkok/ bahagian drpd sesuatu (spt sungai, jalan, garisan) yg berkelok; lengkung. berlengkok berbelok ke kiri atau ke kanan bentuknya; berkelok. melengkok menjadi bengkok; menjadi melengkung (ttg dawai yg dipanaskan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkok (kata nama)
Bersinonim dengan lengkungan, kelok, keluk, selekoh, liku, lok;,
Kata Terbitan : berlengkok, melengkok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flow balance equationpersamaan seimbang aliranPentadbiranTiadaKekangan-kekangan asasi Pemprograman Linear bagi rangkaian yang memastikan setiap nod aliran pada lengkok-lengkok yang masuk tolak aliran pada lengkok-lengkok yang keluar mestilah sama dengan penawaran nod tersebut.
arc of contactlengkok sentuhMekanikGunaan1. (bagi gear) Lengkok bagi bulatan pic, di antara kedudukan gigi gear pada titik sentuh pertamanya dengan titik sentuh akhir. Lengkok sentuh terbahagi kepada lengkok pendekatan dan lengkok penjauhan. Lihat juga lengkok pendekatan, lengkok penjauhan. 2. (bagi tali sawat) Bahagian tali sawat yang bersentuhan dengan kapi sokong. Lihat juga lengkok giat, lengkok melahu.
activity-on-arcaktiviti-atas-lengkokPentadbiranTiadaGambaran projek berbentuk rangkaian yang mana lengkok-lengkok mewakili aktiviti-aktiviti selepas pendahulu terdekat.
active arclengkok giatMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh tali sawat berlakunya penyusutan bagi nilai tegangan ecara beransur-ansur, iaitu daripada nilai tegangan ketat kepada nilai tegangan kendur. Lengkok giat sentiasa lebih kecil daripada lengkok sentuh. Lihat juga lengkok sentuh lengkok melahu.
idle arclengkok melahuMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh tali sawat tempat tegangan adalah malar, sama ada pada nilai tegangan bahagian ketat atau pada nilai tegangan bahagian kendur. Lihat juga lengkok sentuh, lengkok giat.
arcwise connectedterkait lengkok demi lengkokMatematikTiadaTiada
lengkok bulanlengkok bulanKesenianTiadaBahagian lengkung dalam wau bulan dari sayap dan bulan sabit ke bulan penuh, dikenali juga dengan nama cakah di Kelantan.
arc of approachlengkok pendekatanMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh dari kedudukan gigi gear pada titik sentuh pertamanya ke kedudukan pada titik pic gear itu. lengkok pendekatan diberikan oleh ungkapan ‘laluan pendekatan dibahagi dengan kosinus sudut tekanan gear berkenaan’. Lihat juga titik pic, lengkok sentuh, laluan pendekatan, sudut tekanan.
arc of actionlengkok tindakanMekanikGunaanLengkok pada bulatan pic gear yang dilalui oleh susuk gigi gear itu apabila gigi tersebut bergerak dari titik sentuh mula ke titik sentuh akhir. Lengkok tindakan bagi sepasang gear yang bersaling tindak adalah sama panjang kerana bulatan pic yang terlibat saling berguling di antara satu sama lain.
arc of receslengkok penjauhanMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh dari kedudukan gigi gear pada titik pic ke kedudukan gigi itu pada titik sentuh akhir. Lengkuk penjauhan diberikan oleh ungkapan ‘laluan penjauhan dibahagi dengan kosinus sudut tekanan bagi gear berkenaan’. Lihat juga titik pic, lengkok sentuh, laluan penjauhan, sudut tekanan.
12345678910...

Kembali ke atas