Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kuas] | لڠکواس

Definisi : sj tumbuhan (rizom), Alpinia galanga; ~ ranting sj tumbuhan, (rizom), Alpinia me­lanocarpa (conchigera); ~ di tepi kandang, tegak puas badan menyandang prb kesalahan yg kita lakukan kita jugalah yg menanggung akibatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kuas] | لڠکواس

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya digunakan dlm masakan), Alpinia galanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengkuas

Puisi
 

Teluk Jambu Padang Lengkuas,
     Anak katak di atas tunggul;
Kalau peluk tak jemu pandang tak puas,
     Lama-lama nanti sekali timbul.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah saya memohon untuk mendapatkan bahan berkaitan bahasa yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk kegunaan dan rujukan guru-guru di sekolah kebangsaan lengkuas,32800 Parit, PerakSila hubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP untuk mendapatkan risalah/pedoman bahasa melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain10.06.2017
1.Adakah kata hubung pancangan relatif "yang" ialah digraf? 2.Adakah "yang" ialah morfem?Kalau ialah morfem,dikira sebagai morfem bebas atau terikat? 3.Berikut merupakan dua ayat majmuk.Adakah kedua-dua ayat majmuk boleh diterima?Dalam buku Dewan Tatabahasa, terdapat contoh ayat a. a. Kong Hee tidak hadir semalam kerana sakit. b. Kong Hee tidak hadir semalam kerana dia sakit. 4.Perkataan "lengkuas" mempunyai digraf (leng) dan vokal berganding(kuas).1. Perkataan "yang" boleh menjadi sebahagian daripada digraf sama seperti perkataan lain juga yang mempunyai dua huruf berturutan dan mewakili satu bunyi.
2. Perkataan "yang" juga sebahagian daripada morfem.
3. Ayat majmuk yang betul ialah "Kong Hee tidak hadir semalam kerana sakit".
4. Contoh yang tuan berikan dengan merujuk perkataan lengkuas, betul.
Tatabahasa10.10.2015

Kembali ke atas