Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kuas] | لڠکواس

Definisi : sj tumbuhan (rizom), Alpinia galanga; ~ ranting sj tumbuhan, (rizom), Alpinia me­lanocarpa (conchigera); ~ di tepi kandang, tegak puas badan menyandang prb kesalahan yg kita lakukan kita jugalah yg menanggung akibatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kuas] | لڠکواس

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya digunakan dlm masakan), Alpinia galanga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengkuas

Puisi
 

Teluk Jambu Padang Lengkuas,
     Anak katak di atas tunggul;
Kalau peluk tak jemu pandang tak puas,
     Lama-lama nanti sekali timbul.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Alpinia galangalengkuasHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba saka dalam famili Zingiberaceae. Lengkuas tumbuh dengan mudah di tanah pamah yang separa terlindung. Tumbuhan ini mempunyai rizom dalam tanah berwarna kekuning-kuningan dan berbau kuat. Daunnya licin, berbentuk panjang, sempit dan hujungnya runcing. Jambak bunganya jenis panikel keluar di hujung pelepah daun. Bunganya berwarna hijau pucat. Air rendaman rizom diminum untuk merawat demam, masalah paru-paru, sakit sendi dan kencing manis. Air rebusan daun digunakan sebagai mandian berubat, diminum untuk membuang angin dalam badan dan sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Rizom digunakan sebagai perasa makanan dan bunga segar dimakan sebagai ulam.
galangal (Alphinia galanga)lengkuas (Alphinia galanga)PertanianTiadaTiada
aromatic tincturetinktur aromatikKimiaTiadaLarutan etanol daripada kulit kayu manis, bunga cengkeh atau lengkuas.
middle rhymerima tengahKesusasteraanPuisiRima yang terdapat atau terletak pada bahagian tengah sesebuah puisi. Contohnya, rima tengah dapat dilihat pada pantun di bawah. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, Padi benih dimakan tempua; Rimba luas jalan berliku, Sungai jemih dicari jua.
acid hydrolysishidrolisis asidHerbaPemiawaianProses penguraian atau pemisahan ikatan kimia dalam sebatian tertentu dengan menggunakan pemangkin asid protik. Contohnya, sebatian piawai kuersetin dalam produk herba lengkuas (Alpinia galanga) yang kaya dengan flavonoid dapat ditentukan dengan melakukan hidrolisis asid.
sedativesedatifHerbaPemiawaianSifat pada ekstrak herba yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat dan dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan kegelisahan. Contoh herba yang mempunyai kesan sedatif ialah ekstrak rizom lengkuas (Alpinia galanga), buah kecubung (Datura metel) dan buah cabai pintal (Helecteres isora).
bacteriostaticbakteriostatikHerbaPemiawaianKaedah rawatan yang berupaya merencat pertumbuhan bakteria. Kaedah bakteriostatik yang biasa digunakan adalah seperti penyejukbekuan dan penyimpanan pada tahap kelembapan yang rendah. Contohnya, ekstrak serai wangi (Cymbopogon nardus) dan lengkuas (Alpinia galanga) digunakan untuk memperlahankan pertumbuhan bakteria.
rhizomerizomBiologiHistologi dan SitologiBahagian batang yang tebal dan mendatar, biasanya di dalam tanah, yang boleh mengeluarkan pucuk dan akar sebagai anak, iaitu membiak secara vegetatif. Rizom bertindak sebagai organ penyimpan makanan. Contohnya, halia dan lengkuas.
ZingiberaceaeZingiberaceaeHerbaTiadaFamili tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan herba saka berbunga, beraroma dan berizom. Famili ini merangkumi 52 genera dan lebih daripada 1300 spesies yang tersebar luas ke bahagian tropika Afrika, Asia dan Amerika. Contohnya, halia, kunyit dan lengkuas.
HerbHerbaPertanianTiadaTumbuhan vaskular berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim iaitu hidup satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka contohnya pisang dan lengkuas
12

Kembali ke atas