Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : lengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg ber­talu-talu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Apakah padanan bagi acara sukan panah recurve? Terima kasih.Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut:

recurve - lengkung
recurve bow - busur lengkung

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah19.05.2022
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh?

Tuan,

Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu.

Makna01.05.2009
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007
Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayatEjaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Makna22.09.2014
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah 'inflexed arch', 'trefoil arch', 'unequal round arch' & 'three foiled cusped arch'?Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah yang dinyatakan.

Walau bagaimanapun, padanan  bahasa Melayu bagi arch ialah gerbang atau lengkung (untuk bentuk) yang digunakan dalam bidang kesenian. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=arch untuk carian tersebut.

Bagi perkataan "inflexed", padanan bahasa Melayunya ialah terinfleks  yang digunakan dalam istilah biologi. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=inflexed.

Dalam data kami terdapat istilah trefoil dermatitis dan dipadankan sebagai dermatitis trefoil yang digunakan dalam bidang veteriner.
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2014
Apakah terjemahan terbaik untuk 'lok' keris dalam Bahasa Inggeris sekiranya saya ingin menterjemahkan 'Keris lok lima'? Apakah pandangan pihak DBP dengan 'Kris with five bents'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "lok" ialah kelok atau liku pada mata keris manakala "bent" ialah lengkung atau bengkok, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "lok keris" ialah kelok keris, jika "Keris lok lima" pula ialah keris lima kelok Makna07.05.2021
Soalan 1 Jata Negara (dilengkongi/dilengkungi) oleh dua karangan padi. Soalan saya: Apakah jawapan yang betul?saya keliru dengan maksud dilengkongi dengan dilengkungi. soalan 2 Warna kuning warna diraja. Soalan saya: Adakah perkataan diraja perlu guna huruf besar untuk huruf pertama? Iaitu menjadi Diraja1. Maksud "LENGKUNG" ialah lengkok, kelok, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dilengkungi ialah dilengkok atau dikelok. Tiada istilah "dilengkongi".
2. ejaan yang betul "Diraja" bagi yang bersifat umum ialah "Warna kuning warna diraja". Contoh lain yang bersifat umum ialah "keluarga diraja, peralatan kebesaran diraja dan hormat diraja".
Tetapi, bagi yang bersifat khusus, ejaannya ialah "Diraja" seperti "Polis Diraja Malaysia", "Profesor Diraja", dan lain-lain.
Tatabahasa19.10.2014
"In Physics, the elasticity of materials is described by a stress-strain curve." Soalan saya: Apakah terjemahan dalam bahasa melayu untuk perkataan ''stress' dan 'strain'? Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "stress-strain curve" yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah keluk tegangan-tarikan dan lengkung tegasan-terikan.Istilah05.05.2014
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris ini yang berkenaan dengan corak cap jari: "loop", "arch", dan "whorl"? Sumber: https://facebook.com/bkpjpnm/photos/1707636212652483/ Terima kasih.Waalaikumussalam. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk loop ialah gelung; arch (lengkung) dan whorl (pusar). Sekian. Terima kasih.Istilah20.06.2018
12

Kembali ke atas