Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : lengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg ber­talu-talu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.kung] | لڠکوڠ

Definisi : kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
simple curvelengkung mudahMekanikGunaanLengkung yang tidak bersilang. lengkung mudah mungkin terbuka [Rajah L2a] atau tertutup [Rajah L2b]; (Rajah L2c menunjukkan lengkung yang bukan lengkung mudah).
arcadearked; arkadPerubatanTiada1. Arkad: Dalam anatomi, lengkung atau siri lengkung, seperti lengkung arteri.
point of inflectiontitik lengkok balasMatematikTiadaTitik tempat pertukaran arah kecekungan atau kecembungan sesuatu lengkung. Bagi lengkung dengan persamaan y = f(x), syarat “f(x0) = 0” ialah suatu syarat perlu bagi x0 menjadi titik lengkok balas bagi lengkung, tetapi ia bukan syarat cukup. Contoh: lengkung y = x3 mempunyai titik lengkok balas pada (0, 0). Tetapi (0, 0) bukan titik lengkok balas bagi lengkung y = x4 atau lengkung y = x4 + 2x.
orthogonal trajectorytrajektori ortogonMatematikTiadaTrajektori ortogon bagi famili lengkung ialah satu lengkung yang bersilang setiap lengkung famili secara ortogon.
Naor-Shinnar intensity functionfungsi keamatan Naor-ShinnarKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah lengkung E terhadap lengkung I yang memberikan magnitud sisihan daripada pengendalian untuk, dan diungkapkan sebagai l = E/I, dengan E = lengkung E, I = lengkung I, l = fungsi keamatan Naor-Shinner.
curvilinear motiongerakan melengkungMekanikGunaanGerakan yang laluannya berbentuk lengkung. Jika lengkung itu berada pada satah, gerakan berkenaan dinamai gerakan melengkung satah. Sinonim gerakan garis lengkung. Bandingkan gerakan melurus.
easement curvelengkung suai; lengkung antaraKejuruteraanTiadaTiada
easement curvelengkung suai; lengkung peralihanGeografiTiadaTiada
easement curvelengkung suai; lengkung alihPertanianTiadaTiada
breakthrough curvelengkung bulus; lengkung munculKejuruteraanTiadaGraf yang menunjukkan kebolehan tanah atau pepejal lain memindahkan radioisotop daripada aliran yang mengalir.
12345678910...

Kembali ke atas