Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.ku.ngan] | لڠکوڠن

Definisi : 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.ku.ngan] | لڠکوڠن

Definisi : sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BULATAN

Bulatan ialah lengkungan penuh pada

permukaan yang rata. Kesemua penjuru

lengkungan sama jaraknya dari titik yang terletak

dalam lengkungan. Titik ini dikenali sebagai pusat.

UMUM 
PARABOLA

Parabola ialah sejenis lengkungan yang

kebanyakannya digunakan dalam bidang sains.

UMUM 
MORTAR

Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang

digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang

terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar

menembak peluru pada lengkungan yang luas

dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia

mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras

yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih

rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar

adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai

kuasa tembakan yang tinggi.

UMUM 
KROKET

Kroket ialah suatu permainan popular yang

dimainkan di halaman berumput. Pemain menggunakan

tukul kayu untuk memukul bola melalui

lengkungan kecil yang disebut gelungan.

UMUM 
ASTIGMATISME

Astigmatisme ialah suatu kecacatan visual.

Kecacatan ini menyebabkan benda yang dekat

serta benda yang jauh kelihatan kabur. Kecacatan

ini biasanya terdapat pada kedua-dua belah mata.

Dalam kebanyakan hal, astigmatisme disebabkan

lengkungan kornea , iaitu bahagian lut sinar mata,

yang tidak normal.

UMUM 

Kembali ke atas