Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[leng.ku.ngan] | لڠکوڠن

Definisi : 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[leng.ku.ngan] | لڠکوڠن

Definisi : sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkung
Kata Terbitan : melengkung, melengkungi, melengkungkan, lengkungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cuspjuring; kuspaMatematikTiada2. Titik pertemuan antara dua lengkungan dan lengkungan itu mempunyai tangen sepunya pada titik tersebut.
rainbowpelangiFizikOptikLengkungan spektrum berwarna yang terbentuk di langit apabila titisan air hujan yang sedang jatuh disinari oleh matahari atau bulan. Warna tersebut dihasilkan oleh proses pembiasan dan cahaya oleh titisan air. Dua lengkungan spektrum boleh dilihat, lengkungan primer terbentuk di bahagian dalam dan lengkungan sekunder di bahagian luar. Susunan warna untuk kedua-dua lengkungan saling bertukaran.
developable curvelengkungan boleh berkembangMatematikTiadaLengkungan atas satah yang boleh didapati daripada lengkungan atas permukaan lain.
deflection curvelengkungan pesonganKejuruteraanTiadaLengkungan yang mewakili bentuk terpesong bagi permukaan neutral rasuk yang terbengkok.
curve, breakthroughlengkungan lantasHidrologiTiadaLengkungan yang menyatakan ubahan masa kepekatan perunut (misalnya kepekatan ion klorida) di suatu titik cerapan yang terletak di hilir titik suntikan di aliran air-tanah.
pelvispelvisPerubatanTiadaLengkungan tulang yang berbentuk besen yang terdapat di bahagian bawah badan. Lengkungan tulang ini terdiri daripada dua tulang inominat, sakrum dan koksiks. Tulang inominat terdiri daripada gabungan tiga tulang, iaitu ileum, iskium dan pubis.
spiral transitionalihan pilinKejuruteraan AutomotifTiadaLengkungan yang terdapat di antara tangen dengan lengkungan bulat.
contactsentuh; sentuhanMatematikTiada3. Tempat pertemuan tangen dan lengkungan. 4. Tempat pertemuan dua lengkungan yang mempunyai tangen sepunya.
elliptical archgerbang elipsKesenianSeni BinaGerbang berbentuk elips yang dibentuk oleh pelbagai lengkungan. Bentuknya berbeza dengan gerbang Rom yang merupakan lengkungan separuh bulat yang diambil daripada titik pusat tunggal.
centripetal accelerationpecutan memusatSainsHidrometeorologiPecutan ke arah zarah yang bergerak dalam laluan lengkung yang terarah ke pusat lengkungan seketika dengan magnitud ialah halaju zarah dan ialah jejari lengkungan laluan. Pecutan ini adalah sama dan bertentang dengan daya emparan per unit jisim.
12345678910...

Kembali ke atas