Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.nyap] | لڽڤ

Definisi : 1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepada­nya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, ke­musnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.nyap] | لڽڤ

Definisi : 1 hilang drpd pandangan; tidak kelihatan lagi: Pemuda itu ~ di balik belukar. 2 lena (bkn tidur); nyenyak: Sesudah diberi ubat, barulah ia tidur ~. melenyapkan menyebabkan jadi lenyap; menghilangkan; menghapuskan: Muawiyah telah ~ sistem pemerintahan demokrasi dan mewujudkan sistem monarki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenyap
1. Bersinonim dengan hilang
( lesap, lelap, lipur, tenggelam, hapus, luput, lupus, terkikis, melayang, gelibat, sirna, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan wujud

2. Bersinonim dengan lena: tidur, nyenyak, lelap, nyedar,

3. Bersinonim dengan jatuh hati
( kasih, cinta, sayang, )
(kata kerja,)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : melenyapkan, kelenyapan, pelenyapan,

Peribahasa

Seperti batu jatuh ke lubuk.

Bermaksud :

Hilang lenyap.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extinct speciesspesies pupusPerikananTiadaSpesies fauna dan flora yang telah lenyap. Spesies ini dianggap lenyap apabila tidak ditemukan dalam tempoh 50 tahun. Kepupusan fauna dan flora ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan iklim, aktiviti memburu, penyakit, kemusnahan habitat, bencana alam dan kemasukan spesies eksotik. Contoh spesies ikan yang telah pupus ialah ikan megalodon.
vanishlenyapFizikTiadaTiada
vanishlenyapMatematikTiadaTiada
syncopelenyap bunyiKesusasteraanTiadaTiada
vanishingly smallkecil lenyapFizikTiadaTiada
vanishing pointtitik lenyapFizikTiadaTiada
vanishing linegaris lenyapKomunikasi MassaTiadaTiada
lost riversungai lenyapGeologiTiadaTiada
vanishing pointtitik lenyapGeologiTiadaTiada
lost riversungai lenyapGeografiTiada, dan memasuki aliran bawah tanah, biasanya didapati di kawasan kars.
123456

Kembali ke atas