Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.pér] | ليڤير

Definisi : Id ®lepar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.pér] | ليڤير

Definisi : (lépér) tidak jeluk (piring, pinggan, dll), ceper, dangkal, pipih, rata; meleper menjadi leper; meleperkan menjadikan leper, memipihkan: zink tong minyak yg berkarat sudah dileper­kan tetapi masih kemik di sana sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.pér] | ليڤير

Definisi : (lépér) sebutan (lafaz) perkataan yg tidak tepat, pelat, telor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.pér] | ليڤير

Definisi : /lépér/ pipih, rata atau tidak jeluk (bkn pinggan, piring dll). meleper menjadi leper: Apabila otot-otot menguncup, diafragma ~ dan tulang dada bergerak ke hadapan. meleperkan menjadikan rata atau pipih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leper (adjektif)
Bersinonim dengan tidak jeluk, ceper, pipih, rata, kemek, penyek, licak;,
Kata Terbitan : meleperkan,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melano[m«.lA.no]kata adjektifberkenaan bahagian bawah gasing jantung yang kelihatan leper ketika sedang ligat berpusing.Bontot gaseng kami melano.[bon.tot gA.seN kA.mi m«.lA.no]Bahagian bawah gasing kami kelihatan leper semasa ligat berpusing.
opak[o.pA/]kata namasejenis makanan daripada parutan ubi kayu yang dibentukkan bulat, leper, nipis dan besar seperti saiz pinggan, dikeringkan dan digoreng.   
lempeng batak[lem.peN bA.tA/] sejenis kuih yang pipih dan nipis diperbuat daripada tepung, air, sedikit garam dan parutan kelapa dan bancuhan ini digoreng dengan sedikit minyak pada kuali yang leper.   

Kembali ke atas