Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.rét] | ليريت

Definisi : (lérét) banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang; berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan dan ke belakang motokar yg ~ itu; meleretkan mengaturkan berbaris, mem­bariskan, membanjarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : (lérét); berleret, berleret-leret 1. = meleret panjang sungguh (tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjang-panjang (per­bualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit­-jangkit: tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi; meleret 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah senyuman yg manis; senyumannya ~ sahaja; meleretkan memberikan (senyuman) yg melebar: atuk hanya ~ senyuman sambil memandang tepat pd mukaku; meleret-leretkan menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret: sengaja saya ~ misalan ‘panca’ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : /lérét/, = leretan baris memanjang; jajaran; banjar: Di belakang rumahnya, terdapat beberapa ~ pokok buah-buahan. berleret-leret berbaris-baris; berbanjar. meleretkan mengatur supaya berbaris; membanjarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : /lérét/; meleret 1 panjang sungguh (bkn tali, kain dll): Jubahnya ~ ke tanah. 2 berpanjang-panjangan (ttg cerita, perbualan dll); berjangkit-jangkit: Perbualannya ~ pula kpd hal-hal politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leret
Kata Terbitan : leretan, berleret-leret, meleretkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan dalam BM untuk Putting Green selain pukulan leret?Putting green adalah istilah untuk sukan golf. Buat masa ini istilah pukulan leret digunakan. T.kasih.Makna06.08.2008
Adakah perkataan sesuai untuk 'swipe' adalah meleret? atau masih menggunakan lalu atau sentuh. Dalam konteks 'swipe card/badge'. Terima kasih.Berdasarkan data Istilah Bahasa Melayu, perkataan swipe boleh diterjemahkan kepada "lalu" atau "leret". Oleh itu, perkataan "meleretkan" boleh digunakan dalam konteks di atas.Makna02.03.2022

Kembali ke atas