Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.rét] | ليريت

Definisi : (lérét) banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang; berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan dan ke belakang motokar yg ~ itu; meleretkan mengaturkan berbaris, mem­bariskan, membanjarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : (lérét); berleret, berleret-leret 1. = meleret panjang sungguh (tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjang-panjang (per­bualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit­-jangkit: tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi; meleret 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah senyuman yg manis; senyumannya ~ sahaja; meleretkan memberikan (senyuman) yg melebar: atuk hanya ~ senyuman sambil memandang tepat pd mukaku; meleret-leretkan menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret: sengaja saya ~ misalan ‘panca’ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : /lérét/, = leretan baris memanjang; jajaran; banjar: Di belakang rumahnya, terdapat beberapa ~ pokok buah-buahan. berleret-leret berbaris-baris; berbanjar. meleretkan mengatur supaya berbaris; membanjarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lé.rét] | ليريت

Definisi : /lérét/; meleret 1 panjang sungguh (bkn tali, kain dll): Jubahnya ~ ke tanah. 2 berpanjang-panjangan (ttg cerita, perbualan dll); berjangkit-jangkit: Perbualannya ~ pula kpd hal-hal politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
leret
Kata Terbitan : leretan, berleret-leret, meleretkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
free rollleret bebasSukanTiada2. Leret bebas: Pergerakan alat tanpa bantuan mana-mana anggota badan semasa leretan.
groundertendang leretPendidikanTiadaTiada
groundertendang leretSukanTiadaTiada
train (gown)leret (gaun)KesenianTiadaBahagian belakang gaun yang dilabuhkan atau ditambahkan untuk tujuan perhiasan. Dipakai sebagai pakaian rasmi malam terutamanya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sekarang pakaian ini hanya dipakai oleh pengantin.
assisted rollleret panduSukanTiadaPergerakan meleret alat seperti bola dan gelung dengan bantuan tangan atau kaki.
boomerang rollleret bumerangSukanTiadaPergerakan meleret alat yang mesti kembali ke tempat permulaan. Pergerakan ini menggunakan gelung.
lateral rollleret sisiSukanTiadaPerbuatan meleret bola dan gelung pada satah sisi.
trailingtitis leretKejuruteraanTiadaTeknik menghias permukaan tembikar dengan meleret lelehan slip likat ke atas tembikar tersebut.
swipelalu/ leretPerbankanTiadaTiada
ground ballbola leretPendidikanTiadaTiada
12

Kembali ke atas