Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.sap] | لسڤ

Definisi : tidak ada lagi, hilang, lenyap: dia ingin tahu sesuatu berkenaan ayahnya yg telah hilang ~ itu; melesapkan menghilangkan, melenyapkan: dia dituduh pecah amanah kerana ~ wang syarikat; pelesapan perbuatan melenyapkan (wang, harta, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.sap] | لسڤ

Definisi : tidak ada lagi; hilang; lenyap: Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal ~. melesapkan menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; melenyapkan: Dia dituduh ~ wang syarikat. pelesapan perbuatan atau hal melesapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai nakhoda kasap: hujung hilang,
     pangkal lesap.

Bermaksud :

Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disappearvi 1. pass from sight, hilang, lenyap, lesap: the important files have ~ed from the cabinet, fail-fail yg penting telah hilang dr kabinet; the swindler ~ed without a trace, penipu itu lesap tanpa dapat dikesan; 2. go away deliberately, menghilangkan diri: he ~ed for days on end, dia menghilangkan diri berhari-hari lamanya; 3. cease to be, lenyap, luput; (of pain) hilang: these problems will not ~ just like that, masalah-masalah ini tdk akan lenyap begitu sahaja; 4. become extinct, pupus: a species which is fast ~ing, spesies yg pupus dgn cepatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dissipatevi disappear, disperse, a. hilang, lesap; (of crowd) bersurai: the mist will ~ in the sunshine, kabus akan hilang dlm cahaya matahari; b. (fig.) hilang, lenyap: his fear ~d quickly, ketakutannya hilang dgn cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
window/fly, go/ out of the ~, (colloq) lesap, hilang: my confidence flew out of the ~ when I heard what took place, keyakinan saya hilang apabila saya mendengar apa yg berlaku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decampvi 1. break camp, mengemaskan khemah dan berangkat pergi: the troops ~ed before dawn, askar-askar itu mengemaskan khemah dan berangkat pergi sebelum fajar; 2. depart suddenly, secretly, /menghilangkan, melarikan/ diri, lesap: he ~ed with all our provisions, dia lesap bersama-sama semua bekalan kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bird~s of a feather, (orang yg) sebulu; a little ~ told me..., (colloq) saya dengar...; do ~, see TIME (do time); eat like a ~, makan berdikit-dikit; get the ~, (sl) a. be dismissed, kena /buang, tendang/; b. be booed, kena sorak; give so. the ~, menyorak-nyoraki sso; like a ~, (colloq) a. without difficulty, mudah; b. very fast, laju; the ~ has flown, (colloq) orang yg dicari sudah lesap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas