Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.sén] | ليسين

Definisi : (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa yg mem­berikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri itu didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluar­kan lesen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.sén] | ليسين

Definisi : /lésén/ surat kebenaran atau dokumen (utk berniaga, memandu kereta dll); surat izin: ~ memandu; ~ berniaga. berlesen mempunyai kebenaran utk mengerjakan sesuatu (spt berniaga, melombong). pelesenan hal-hal yg berkaitan dgn urusan memberi atau mengeluarkan lesen: lembaga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesen
Rujuk :dokumen


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lesen BalakWijaya MalaDewan Masyarakat15 November 1964
Masih lesen 'L'..A. Wahab HamzahDewan Budaya1 May 1990
Ketatkan pengeluaran lesen memanduBadrulhiza IbrahimDewan Siswa1 November 1992
Bahasa dan lesen kreatifJohan JaaffarPelita Bahasa1 May 1989

Kembali ke atas