Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.sén] | ليسين

Definisi : (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa yg mem­berikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri itu didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluar­kan lesen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.sén] | ليسين

Definisi : /lésén/ surat kebenaran atau dokumen (utk berniaga, memandu kereta dll); surat izin: ~ memandu; ~ berniaga. berlesen mempunyai kebenaran utk mengerjakan sesuatu (spt berniaga, melombong). pelesenan hal-hal yg berkaitan dgn urusan memberi atau mengeluarkan lesen: lembaga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesen
Rujuk :dokumen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi penggunaan "/", adakah perkataan selepas dan sebelum "/" perlu dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: "Penyalahgunaan lesen / tiada lesen" atau "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan sebelum  dan  selepas   dirapatkan, contohnya "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen".Lain-lain22.08.2019
Apakah dia lesen puisi? untuk apakah lesen puisi ini?Tiada istilah 'lesen puisi'. Mungkin saudara bermaksud  'lecentia poetica', iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Selain daripada tujuan tersebut, lecentia poetica ini dapat membentuk identiti seseorang penyair.Lain-lain05.05.2010
Yang mana satu betul penggunaan? Lesen pemandu atau lesen memanduYang betul ialah lesen memandu.Istilah07.05.2009
kepada saudara/saudari yang dihormati saya bernama Wong Geok Hong ingin memohon lesen dan lesen iklan untuk perniagaan untuk menjual dan membekal makanan dan minuman.sekian terima kasihSila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa.Lain-lain17.06.2016
LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN Signboard untuk restorant nasi kandar, boleh saya guna visual yg dio lampirkan?Untuk pengesahan bahasa, sila layarai laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan.  Terima kasih.Lain-lain03.10.2022
lesen papan iklan baru klinik mediviron taman orkid, port dickson

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua salinan visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter.

Lain-lain08.10.2019
lesen untuk papan tanda
Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui laman web: dbpsahbahasa.my.
Lain-lain20.12.2017
Minta beri pandangan, yang manakah wajar digunakan ? di kalangan / dalam kalangan; antara punca / antara punca-punca; kereta baru / kereta baharu; di majlis / dalam majlis; berkenaan isu tersebut / berkenaan dengan isu tersebut; pertandingan melukis / pertandingan lukisan; lesen memandu / lesen pemandu. Terima kasih.Yang betul ialah dalam kalangan, antara punca, kereta baru dan kereta baharu - kedua-duanya betul, di majlis, berkenaan isu tersebut, pertandingan melukis, lesen pemandu - walau bagaimanapun lesen memandu telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat (asalnya lesen memandu kereta).Tatabahasa11.11.2010
Sila perbaharui lesen perniagaan dan lessen pemilikan anjing anda sebelum 31 Disember 2015 bagi mengelakkan denda lewat 10% dari kadar lesen dikenakanSila perbaharui lesen perniagaan dan lessen pemilikan anjing anda sebelum 31 Disember 2015 bagi mengelakkan denda lewat 10% daripada kadar lesen yang dikenakan.Tatabahasa30.09.2015
Adakah ayat berikut gramatis? Orang awam boleh mendaftar untuk mendapatkan lesen perniagaan melalui portal Sistem Lesen Sejahtera di pautan https://www.sistem.com.my.

Ayat yang betul ialah “Orang awam boleh mendaftar untuk mendapatkan lesen perniagaan melalui portal Sistem Lesen Sejahtera, pautan https://www.sistem.com.my.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575.

Tatabahasa13.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas