Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.sén] | ليسين

Definisi : (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa yg mem­berikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri itu didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluar­kan lesen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.sén] | ليسين

Definisi : /lésén/ surat kebenaran atau dokumen (utk berniaga, memandu kereta dll); surat izin: ~ memandu; ~ berniaga. berlesen mempunyai kebenaran utk mengerjakan sesuatu (spt berniaga, melombong). pelesenan hal-hal yg berkaitan dgn urusan memberi atau mengeluarkan lesen: lembaga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesen
Rujuk :dokumen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poisons licencelesen racunHerbaPeraturan dan PemasaranSurat kebenaran yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952. Terdapat empat jenis lesen, iaitu A, B, D dan E. Lesen racun membolehkan pemegang lesen untuk mengimport dan menjual secara borong dan/atau runcit semua racun yang disenaraikan dalam Akta Racun 1952.
site licencelesen tapakTeknologi MaklumatTiadaLesen untuk menggunakan perisian di dalam sesuatu organisasi atau institusi di lokasi yang sama. Lesen tapak membenarkan penyalinan semula dan pengedarannya di lokasi tersebut sahaja. Lihat juga lesen pengguna
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
Clinical Trial Import License (CTIL)Lesen Import Percubaan Klinikal (CTIL)HerbaPeraturan dan PemasaranLesen yang diberikan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran untuk mengimport sebarang produk herba bagi tujuan percubaan klinikal, walaupun produk tersebut bukan produk berdaftar. Lesen ini sah laku selama tiga tahun mulai tarikh lesen dikeluarkan dan tidak boleh dipindah milik. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) ialah pihak berkuasa yang mengeluarkan Lesen Import Percubaan Klinikal.
manufacturer licenselesen pengilangHerbaPeraturan dan PemasaranLesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada individu untuk mengeluarkan produk berdaftar dan menjual produk secara borong atau membekalkan produk. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, lesen pengilang adalah sah untuk tempoh satu tahun bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun yang sama. Lesen ini perlu dimohon selepas produk didaftarkan.
licence conditionssyarat lesenUndang-undangTiadaSyarat yang dikenakan kepada pemengang lesen yang jika dicabuli boleh mengakibatkan pembatalan lesen itu.
software licencelesen perisianTeknologi MaklumatTiadaSuatu kebenaran untuk menggunakan perisian mengikut syarat-syarat dan terma yang dinyatakan oleh pengeluar perisian tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dalam dokumen bagi tujuan penggunaan perisian secara sah dan mengikut undang-undang hak cipta dan tanggungan produk bagi melindungi kepentingan pencipta dan pengguna. Pada umumnya, lesen perisian dikategorikan kepada dua jenis iaitu lesen perisian pemilik dan lesen perisian bebas. Lesen perisian bebas memberi hak tambahan kepada pengguna untuk membuat salinan tanpa memberi persetujuan untuk menerima semua syarat pelesenan. Manakala lesen perisian pemilik hanya boleh dipasangkan pada satu sistem komputer sahaja.
software licencelesen perisianTeknologi MaklumatTiadaSuatu kebenaran untuk menggunakan perisian mengikut syarat-syarat dan terma yang dinyatakan oleh pengeluar perisian tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dalam dokumen bagi tujuan penggunaan perisian secara sah dan mengikut undang-undang hak cipta dan tanggungan produk bagi melindungi kepentingan pencipta dan pengguna. Pada umumnya, lesen perisian dikategorikan kepada dua jenis iaitu lesen perisian pemilik dan lesen perisian bebas. Lesen perisian bebas memberi hak tambahan kepada pengguna untuk membuat salinan tanpa memberi persetujuan untuk menerima semua syarat pelesenan. Manakala lesen perisian pemilik hanya boleh dipasangkan pada satu sistem komputer sahaja.
licence bondbon leseninsuransTiadaBon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen.
licence bondbon lesenPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen.
12345678910...

Kembali ke atas