Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata let


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Please let me know what is the meaning of "kelong"Antara maksud kelong ialah sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.09.2009
Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment..Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment..
Mohon tuan menghantar semula iklan untuk pengesahan DBP melalui http://prpm.dbp.gov.my dengan mengklik e-perkhimatan bagi mendapatkan sijil pengesahan. Tuan juga membuat pembetulan dalam iklan seperti yang berikut:
1. Pusat Percetakan
2. Khidmat Cetakan dan Salinan Berkualiti
Lain-lain27.08.2013
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih.

Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan:

Teks 1:

As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation.

Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud.

May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times.

Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation.



Terjemahan Teks 1: 

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara.

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita.

Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini.

Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat.

Teks 2:

Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic.

Together, we will continue this journey.

Together, we will grow from strength to strength.

We will persevere.

Malaysia Cares.



Trjemahan Teks 2:

Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Bersama-sama kita meneruskan perjalanan.

Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan.

Kami tidak akan mengalah. 

Malaysia Prihatin

Makna10.09.2021
Saya telah menulis dan menerbit buku "Let's get physical" 48 muka surat, berwarna-warni, banyak ilustrasi cara bersenam, dll. Saya ingin menterjemah buku tersebut ke BM. Bolehkah pihak DBP bantu saya dari segi dana dan apa jua bantuan lain? Terima kasih.

Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi  faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, www.terjemah@tm.net.my.

Lain-lain28.06.2010
Ungkapan bahasa melayu yang sepadan dengan 'lower your guard/ let your guard down'.Untuk makluman tuan, tiada ungkapan khusus yang boleh digunakan dalam ungkapan tersebut. Berdasarkan carian kami, ungkapan tersebut bermaksud berhenti berhati-hati/waspada dalam sesuatu hal.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2018
Bantuan untuk menterjemahkan tagline syarikat bagi kegunaan papan iklan: 1. Let's write the future 2. Writing the digital future takes ability. ABB AbilityTMKami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan03.04.2018
Salam Tuan, apakah perkataan tersebut di bawah betul: Jom Minum - Let's drink Terima kasih Wassalam HasbiTerjemahan tersebut adalah betul dan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan04.04.2014
SAYA NAK TANYA BANYAK RANCANGAN TV SEKARANG GUNAKAN BAHASA ROJAK SEPERTI LET DU - IT, YOU CAN DU-IT, DAN JUGA SISTEM ATAS TALIAN SEPERTI JOM PAY. INI AGAK MENGELIRUKAN.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan.Lain-lain02.11.2016
Asssalamualikum, Kami ingin bertanyakan tatacara penggunan tulisan Jawi didalam papan iklan yang akan dipaparkan Shopping center Gateway di KLIA2 Sepang. Pilak client kami menetapkan untuk menulis perkataan Let's Explore dalam tulisan jawi bagi mempromosi kan tulisan jawi. Tujuan iklan ini adalah bagi menarik orang ramai melancong ke Negeri kelantan Pertanyaan kami, adakah menulis jawi dalam english menyalahi peraturan sedia ada PBT di selangor atau peraturan yang ditetapkan MAIS / DBP atau dibenarkan? Harap pihak tuan, puan dapat membantu kami.Perkataan asing sekiranya hendak dikekalkan, mestilah disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu. Tiada halangan untuk menggunakan slogan "Let's Explore" namun terjemahan dalam bahasa Melayu "Jom Teroka" perlu disertakan dan saiz perkataan dalam bahasa Melayu adalah lebih besar dan jelas.Lain-lain13.07.2020
Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih.Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing.Tatabahasa10.02.2017
12

Kembali ke atas