Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar; meletihkan menjadikan letih, memenatkan; keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tih] | لتيه

Definisi : tidak bertenaga; penat: Ayahnya tertidur di kerusi kerana terlalu ~. meletihkan menyebabkan menjadi letih; memenatkan: Berjalan kaki berbatu-batu ~ badan. keletihan 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letih (adjektif)
Bersinonim dengan penat, lesu, jerih, lelah, litak, mengah, rimpuh;,
Kata Terbitan : meletihkan, keletihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
toye[to.j«]kata adjektifberkenaan muka yang letih, tidak bermaya dan tidak berseri, bersahaja.Toye bena muke Samad lepas pekse.[to.j« b«.nA mu.k« sA.mAd l«.pAs p«/.s«]Letih benar kelihatan muka Samad, selepas peperiksaan.
longoi[lo.Noj]kata adjektifletih lesu.Badan rase longoi lepas angkat barang pindah rumah.[bA.dAn. ÄA.s« lo.Noj l«.pAs AN.kAt bA.ÄAN pin.dAh Äu.mAh]Badannya merasa lesu setelah mengangkat barang kerana pindah rumah.
luti[lu.ti]kata adjektifteruk (terlalu letih).Seminggu bekeje tak henti-henti, luti badan.[s«.miN.gu b«.k«.dZ« tA/ h«n.ti.h«n.ti lu.ti bA.dAn]Seminggu bekerja tidak berhenti-henti, badan terasa teruk.

Kembali ke atas