Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tup] | لتوڤ

Definisi : bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletup­kan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup] | لتوڤ

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan, ubat pekung, Physalis minima; letup-letup 1. sj tumbuhan (pokok me­manjat), letup; 2. sj tumbuhan (herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu, akar mentimun, Passiflora foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup] | لتوڤ

Definisi : ; meletup pecah yg disertai bunyi yg kuat; meletus; meledak: Tayar keretanya ~ di tengah jalan. meletupkan menjadikan meletup: Budak nakal itu sengaja ~ belonnya. letupan bunyi meletup; letusan; ledakan: ~ meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. bahan ~ bahan yg dpt meletup (spt ubat bedil). peletupan perbuatan, hal dsb meletup atau meletupkan. peletup alat dsb yg dpt menyebabkan sesuatu meletup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
backfirevi 1. meletup(-letup), tersedak(-sedak): what is causing the motorcycle to ~?, apa yg menyebabkan motosikal ini meletup-letup saja?; 2. (fig.) menimbulkan /kesan, akibat/ yg bertentangan dgn yg /dirancang, dijangka/, berkesudahan sebaliknya: the conspiracy ~d, komplot itu berkesudahan sebaliknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fireworksn 1. fireworks display, pertunjukan bunga api; 2. (colloq) meletup-letup: you’d better get home – there’ll be ~ if you don’t go now, baik kamu balik sekarang – kalau tidak, meletup-letup nanti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indehiscentadj tak /bengang, letup/: ~ fruit, buah tak bengang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pop 1vi 1.burst open with a short, sharp explosive sound, meletup: if you prick the balloon it will ~, jika kamu cucuk, belon itu akan meletup; when they are ripe, the seed-pods ~, apabila sudah masak, lenggai buah itu akan meletup; 2. make short, sharp, explosive sounds, meletup-letup: the motorcycle ~ped and clattered down the hill, motosikal itu meletup-letup dan berkeletak menuruni bukit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crackvi 1. split into fissures, merekah: the dry ground ~ed during the long summer, tanah yg kontang merekah pd musim panas yg panjang; 2. split into thin lines, meretak: the glass ~ed when she poured hot water into it, gelas itu meretak apabila air panas dituang ke dalamnya; 3. (of skin, lips) pecah-pecah; 4. make sudden, sharp noise, [various translations]: rifles ~ed simultaneously, senapang meletup serentak; the children shouted when the fireworks ~ed, kanak-kanak bersorak apabila bunga api meletup-letup; when whips ~, apabila cemeti melecut; 5. (of voice), (menjadi) serak; (approaching puberty, adolescence) pecah: his voice ~ed with grief, suaranya serak krn sedih; at adolescence, a boy’s voice ~s, suara budak lelaki pecah sewaktu mulai meningkat remaja; 6. break down, menyerah: he ~ed under the continual questioning, dia menyerah setelah disoal bertalu-talu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas