Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tup] | لتوڤ

Definisi : bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletup­kan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup] | لتوڤ

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan, ubat pekung, Physalis minima; letup-letup 1. sj tumbuhan (pokok me­manjat), letup; 2. sj tumbuhan (herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu, akar mentimun, Passiflora foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup] | لتوڤ

Definisi : ; meletup pecah yg disertai bunyi yg kuat; meletus; meledak: Tayar keretanya ~ di tengah jalan. meletupkan menjadikan meletup: Budak nakal itu sengaja ~ belonnya. letupan bunyi meletup; letusan; ledakan: ~ meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. bahan ~ bahan yg dpt meletup (spt ubat bedil). peletupan perbuatan, hal dsb meletup atau meletupkan. peletup alat dsb yg dpt menyebabkan sesuatu meletup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
blast injurycedera letup/ledakcedera letup/ledakcedera letup/ledakPerubatan
explosive force musclesdaya letup ototdaya letup ototdaya letup ototPerubatan
explodeletupTiadaletupGeologi
explosive (adj)mudah letupTiadamudah letupGeologi
explosivesbahan peledakbahan letupbahan letupAeroangkasa
expulsion efficiencyefisiensi ledakankecekapan letupkecekapan letupAeroangkasa
burstletup (radio)letusletusAeroangkasa
burst testuji letupujian letusujian letusAeroangkasa
burst diskcakra letupcakera letuscakera letusAeroangkasa
firing levelambang letuparas cetusaras cetusPerubatan
12

Kembali ke atas