Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wat] | ليوات

Definisi : (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wat] | ليوات

Definisi : /léwat/ 1 sesudah waktunya; melampaui waktunya; lambat: Saya masuk bekerja ~ sepuluh minit pagi tadi. 2 lebih drpd yg sepatutnya; lanjut: Neneknya sudah agak ~ umurnya tetapi masih kuat. 3 berlalu; selesai; lampau: Musim mengubah sudah ~. melewati 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. melewatkan menyebabkan menjadi lewat; melambatkan: Orang yg ~ pembayaran gaji itu ialah kerani besar. terlewat ketinggalan waktu; terlambat. kelewatan keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delayed eruptionpengeruptan lewatPergigianTiadaPertumbuhan gigi daripada gusi yang lewat daripada masa sepatutnya keluar. Biasanya setiap gigi akan erupt mengikut umur tertentu dan jika erupt melebihi dua tahun daripada usia yang sepatutnya akan dikatakan pengeruptan lewat. Contohnya, gigi molar kekal pertama akan erupt pada usia enam hingga tujuh tahun tetapi jika erupt pada umur sembilan tahun pengeruptan lewat telah berlaku. Punca pengeruptan lewat sebenar tidak dapat dipastikan tetapi mungkin disebabkan halangan seperti akar gigi yang tertinggal, kehadiran gigi supernumerari atau tisu berfiber pada laluan pengeruptan gigi tersebut.
latest finishtamat paling lewatPentadbiranTiadaMasa yang paling lewat untuk menyiapkan satu aktiviti tanpa melewatkan masa siap keseluruhan projek.
delayed griefkehibaan lewatGerontologiTiadaRasa sedih dan pilu yang lewat ditunjukkan, terutama akibat kematian seseorang.
latest event timemasa peristiwa paling lewatPentadbiranTiadaMasa paling lewat sesuatu peristiwa boleh dimulakan tanpa melewatkan masa projek.
Variscan orogenybanjaran VariscanGeologiTiadaSiri pergerakan diastrofisme berusia Paleozoik lewat yang bermula mungkin pada usia Devon Lewat dan berterusan hingga ke akhir usia Perm.
late leaf spotbintik daun lewatBiologiPatologiPenyakit yang menunjukkan gejala berupa bintik daun pada kacang tanah yang disebabkan oleh kulat Mycosphaerella berkeleyi. Gejala tersebut nampak lebih awal lewat kerana patogen ini menyerang kacang tanah pada peringkat dewasa dan semakin parah mendekati waktu tuai. bd. bintik daun awal.
late leaf spotbintik daun lewatKimiaTiadaPenyakit yang menunjukkan gejala berupa bintik daun pada kacang tanah yang disebabkan oleh kulat Mycosphaerella berkeleyi. Gejala tersebut nampak lebih awal lewat kerana patogen ini menyerang kacang tanah pada peringkat dewasa dan semakin parah mendekati waktu tuai. bd. bintik daun awal.
Appalachian orogenyorogeni AppalachiaGeologiTiadaIstilah yang tidak digunakan lagi untuk merujuk pada diastrofisme usia Paleozoik Lewat yang mungkin bermula pada usia Devon Lewat dan berlanjutan sehingga akhir usia Peru. Istilah ini sekarang digantikan dengan istilah orogeni Allegheny.
latelewatPendidikanTiadaTiada
latelewatPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas