Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang­-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dari Kedah ke Tanah Liang, Tinggi pasir Kuala Patani; Pintu terdedah sampai siang, Apa taksir pada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taat bini setia ke laki, Setia sampai ke liang lahad; Adat berdiri sempurna budi, Mulia perangai terbilang sifat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Apabila cukup bilangan hari, Janji sampai hutang diingat; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya sampai ke liang lahad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan dulang sebarang dulang, Dulang dibawa dari Johor; Bukan sayang sebarang sayang, Sayangku sampai ke liang kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang sekali perahu bocor, Ditunda dulu orang berangkat; Abang menanti di pintu kubur, Dinda menunggu di liang lahad.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila mata sudah mengantuk, Cepat masuk ke tempat tidur; Bila orang tua sudah mengutuk, Alamat teruk di liang kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas