Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang­-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
نزوس )sūsk-e derakhtī( ىتخرد کسوس )sevvom( موس )sowhān-e daste dār( راد هتسد ناهوس )se( هس batu penyu berat kecurigaan, kesangsian soalan sup pasaraya sup sayuran faedah, manfaat lubang, liang terbakar jarum pijat ketiga pahat tiga stone turtle heavy suspicion question soup supermarket vegetable soup profit, benefit hole to burn needle bug third chisel three هس گنس Kamus Parsi.indb

Kembali ke atas