Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang­-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liang] | لياڠ

Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[liang] | لياڠ

Definisi : ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capillary porositykeliangan rerambutPertanianTiadaLiang-liang kecil atau isi padu liang-liang kecil yang memegang air dalam tanah dengan tegangan air lebih dari 60 sentimeter air.
etchingpengetsaanPergigianTiadaProses tindak balas asid dengan permukaan gigi untuk menghasilkan liang-liang mikro. Permukaan yang kasar disebabkan liang-liang mikro yang terbentuk ini akan memberi pegangan mekanikal kepada bahan restorasi yang digunakan. Lihat juga teknik etsa asid.
sieve areakawasan tapisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKawasan keluk pada dinding sel tapis yang mempunyai liang-liang halus seperti tapis. Melalui liang-liang halus ini, protoplas daripada sel-sel tapis yang bersebelahan bersambung.
dead end poreliang buntuKejuruteraanTiadaLiang hujung daripada liang-liang yang bersambungan.
perforated filmsfilem berliangMakanan dan PemakananMakananKepingan pembalut makanan yang mempunyai liang-liang pada permukaannya. Liang tersebut dihasilkan dengan menggunakan laser dan jarak antara liang ialah 3 mm hingga 14 mm. Liang ini membebaskan stim daripada makanan panas dan membenarkan udara keluar dan masuk untuk mengekalkan kesegaran makanan. Kepingan filem berliang juga mempunyai kekuatan mekanikal yang tinggi dan kekenyalan yang baik.
sieve areakawasan tapisBotaniTiadaKawasan khusus pada dinding unsur tapis yang mengandungi banyak liang dan setiap satu liang disaluti oleh kalosa. Melalui liang-liang ini, terdapat bebenang sitoplasma daripada unsur tapis yang bersempadan terunjur dan bersambung. Dalam gimnosperma, kawasan tapis biasanya tidak terbentuk secara khusus, manakala dalam angiosperma, kawasan tapis membentuk struktur yang lebih khusus, iaitu plat tapis.
nanopores containmentpengurungan nanoliangFizikNanoteknologiPengurungan atau pengisian liang-liang di dalam sebatian berliang dengan nanozarah. Contohnya, dalam pembuatan bahan magnet komposit, sebatian berliang ini akan diisi dengan zarah magnet. Sifat magnet bahan ini sama ada fero atau antifero bergantung pada bilangan dan jenis nanozarah yang diisi dalam liang tersebut. Antara sebatian berliang yang sesuai untuk pembuatan bahan magnet ini ialah zeolit yang mempunyai liang dengan bentuk tertentu.
granular porositykeliangan bergranulPerubatanTiadaTerdapatnya liang-liang kecil berbilang dimensi di tuangan disebabkan zarah-zarah bahan inves termasuk dalam tuangan.
infiltrationpenyusupanHidrogeologiTiadaGerakan air melalui liang-liang kecil, dari satu lingkungan ruang ke lingkungan ruang yang lain. Umumnya gerakan ini merujuk kepada gerakan air dari permukaan tanah atau air permukaan ke dalam tanah iaitu ke bahagian zon tak tepu di bawah tanih ataua ke zon tepu. Ruj.: Horton 1933
soil porositykeliangan tanahPertanianTiadaIsi padu liang-liang sampel tanah yang dibahagikan dengan isi padu pukal sampel tanah, iaitu nisbah bahagian isi padu pukal tanah yang tidak dipenuhi oleh bahagian pepejal tanah.
12345678910...

Kembali ke atas