Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.be.ral] | ليبرل

Definisi : 1. (bersifat) condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik (mis me­nentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas; kaum ~ orang yg me­nganut fahaman liberal; 2. bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb); meliberalkan menjadikan liberal (bebas dan terbuka): satu langkah utk ~ pasaran; ~ pandangan yg sempit sesuai dgn perkem­bangan sains dan teknologi hari ini; keliberalan perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; peliberalan perihal (tindakan, perbuatan dsb) meliberalkan: dasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.be.ral] | ليبرل

Definisi : 1 (sifat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerintahan yg bersifat demokratik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liberal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & Salam Hormat, Mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan 'Liberal Unionist'. Sekian, terima kasih.Perkataan "Liberal Unionist" boleh diterjemahkan kepada "Kesatuan Liberal".Penyemakan dan penterjemahan16.12.2019
Apakah padanan BM bagi frasa "liberal arts"? Sistem pencarian dalam laman web DBP mencadangkan "sastera". Tetapi, "liberal arts" biasanya termasuk bukan sahaja sastera tetapi juga matematik, sains dan sains sosial. Adakah "pendidikan umum" lebih tepat? Terima kasih.Dalam daftar istilah DBP ada mencadangkan istilah 'Sastera Liberal'.Makna13.06.2009
kesan-kesan liberal islam

Saudara Amiza,

Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Sila buat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. 

Lain-lain12.03.2010
apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberalSosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik.Makna18.05.2009
apakah maksud liberalisme?Menurut Kamus Dewan, liberalisme ialah fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi.Makna28.07.2007
adakah perkataan/frasa ini digunakan dalam bahasa Melayu dan apakah maksudnya yang sebenar? 3. Precariat 4. prakarsa 5. Klusif, 6. efi-fenomena 7. sarwapandang 8. neoliberal 9. inteligensiaKata-kata tersebut masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana dan Kamus Dewan Edisi Keempat kecuali kata sarwa, pandang, neo-, liberal dan inteligensia. Makna bagi kata-kata tersebut boleh diperoleh dengan mudah di https://prpm.dbp.gov.my/ atau merujuk kamus bercetak.Lain-lain12.07.2023
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosialSila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 TerperinciLain-lain07.09.2007

Kembali ke atas