Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.cik] | ليچيق

Definisi : 1. licin (bkn jalan yg berlumpur dll); 2. pandai menipu atau memperdaya orang lain, culas, curang: dia menuduh Agnes seorang oportunis yg ~ yg menggunakan orang lain utk kepentingannya; 3. Jw mudah kalah, penakut; kelicikan kepintaran menipu, keculasan (hati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cik] | ليچيق

Definisi : 1 licin spt jalan berlumpur (terutama selepas hujan). 2 ki pandai mengakali atau menipu; curang. kelicikan keadaan atau sifat licik; kepintaran mengakali atau menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
licik (adjektif)
Bersinonim dengan pandai menipu, pandai mengakali, culas, curang, licin, lihai, kepetangan;,
Kata Terbitan : kelicikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284.
2. Anda merupakan kata ganti nama kedua.
3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah.
4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
5. Dalam tangan kerajaan
Tatabahasa08.11.2015
Kuzai Mohd Oct 27th, 10:53am assalamualaikum dan selamat pagi ingin bertanya bolehkah pihak tuan/puan menerangkan perkataan ini beserta contoh Pandai / bijak / cerdik tq]Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Ketiga-tiga perkataan ini memberi makna yang sama. Pandai membawa maksud orang yang cerdik, pintar, terpelajar, bijak, cekap dan mahir. Bijak juga membawa maksud pandai, cerdik, pintar dan pandai bercakap. Manakala, cerdik membawa makdus dapat mengerti dengan cepat, berakal, pandai, banyak akal, licik dan tahu tipu muslihat. Misalnya, "adik pandai dalam matematik", "Kamal bijak dalam menyelesaikan soalan teka teki" dan "Sang Kancil cerdik dalam melepaskan diri daripada buaya".Makna27.10.2015

Kembali ke atas