Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.cin] | ليچين

Definisi : 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah ter­gelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak meng­gerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apa­apa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan per­kataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permuka­an) licin (dgn mengetamnya dsb): dia meng­gosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak­-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg diguna­kan utk melicinkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cin] | ليچين

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.cin] | ليچين

Definisi : 1 sama rata atau tidak menggerutu permukaannya: Mukanya ~ spt telur dikupas. 2 dpt menggelincirkan (kerana berlendir atau berminyak): Dia terjatuh di bilik air kerana lantainya ~. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (spt kepala yg botak). 4 habis sama sekali; tidak bersisa sedikit pun: Wangnya ~ dicuri orang. 5 pandai melepaskan diri (drpd sesuatu kesalahan); pandai memutarbelitkan perkataan orang; pandai menipu. 6 lancar (bkn perjalanan dll); tidak tergendala: Perusahaan membuat kain itu berjalan dgn ~. ~ licau sangat licin; licin sekali. melicinkan 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. kelicinan 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. pelicinan perbuatan atau hal melicinkan. pelicin benda (minyak dll) yg digunakan utk melicinkan perjalanan jentera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
licin
1. Dalam konteks permukaan
bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap,
(adjektif:)
Berantonim dengan kesat

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras,
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan botak
( gondol, loncos, lokos, )
(adjektif:)

4. Rujuk licau 2

5. Bersinonim dengan licik
( pintar, cekap, )
(adjektif:)

6. Bersinonim dengan lancar
( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, )
(adverba:)

Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin,

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Licin bagai belut.

Bermaksud :

Tidak mudah ditipu atau ditangkap.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beach pebblekerakal pantaiLandskapTiadaKerikil pantai bersaiz sederhana, bulat dan licin. Bahan licin digunakan dalam landskap untuk estetik atau sungkupan.
metal smoothing planeketam licin berlogamKesenianTiadaKetam licin yang diperbuat daripada bahan logam.
bald tonguelidah licinPerubatanTiadaAtrofi papila lidah menjadikan lidah licin, mungkin berkaitan dengan anemia, kekurangan Vitamin B kompleks atau penyakit sistemik. Sinonim : glositis atrofi.
smooth surface lesionlesi permukaan licinPerubatanTiadaLesi yang terbentuk di kawasan permukaan yang licin, biasanya karies di kawasan bukal, lingual atau proksimal gigi.
smooth surface lesionlesi permukaan licinPergigianTiadaKaries yang berlaku pada permukaan gigi yang licin seperti permukaan bukal, lingual atau labial gigi. Ia terjadi akibat tindak balas bakteria dengan sisa makanan yang menghasilkan asid yang memusnahkan struktur gigi.
smooth muscleotot licinVeterinarPraklinikalSalah satu daripada tiga jenis otot yang terdapat dalam badan. Otot licin ialah sejenis otot luar kawal dan tidak berjalur. Otot ini terdapat di beberapa tempat; antaranya pada dinding trakus pencernaan; vesel darah; trakus urinari dan trakus pembiakan.
plain barbar licinKejuruteraanKejuruteraan BangunanBar yang terdapat pada lantai konkrit, rasuk, dinding konkrit yang mempunyai permukaan yang licin dan mempunyai kekuatan tegangan yang rendah. Ia digunakan sebagai tetulang untuk rakap.
histaminehistaminaVeterinarPraklinikalSejenis amina hasil pendekarboksilan histidina (C5H9N3) yang terdapat dalam tisu badan terutama sekali dalam sel masta dan basofil. Fungsi histamina ialah (i) pendilatan kapilari dengan meningkatkan ketelapannya dan menurunkan tekanan darah (ii) pengecutan tisu otot licin termasuk otot licin bronkiol paru-paru (iii) pengaruhan peningkatan rembesan jus gaster dan (iv) pemacuan kadar degupan jantung. Histamina juga terlibat sebagai pengantara dalam kehiperpekaan; contohnya tindak balas alergi. Tindakan histamina ini adalah melalui reseptor sel H1 dan H2. Nama kimia: 1H-imidazola-4-etanamina.
cylinder cushionkusyen silinderKejuruteraanKejuruteraan MekanikMinyak atau udara di dalam silinder yang bertindak sebagai penyerap hentakan dengan merintangi aliran pada liang keluar. Keadaan ini menghasilkan tekanan tambahan lalu menentang pembrekan. Daya ini memperlahan gerakan sehingga menyebabkan temu yang licin. Temu yang licin ini dapat memanjangkan hayat mesin yang menggunakan silinder hidraulik malah memberi keselesaan kepada operator mesin tersebut. Kusyen akan mengenakan tindakan yang boleh memperlahan gerakan rod silinder pada penghujung lejang. Antara mesin yang memerlukan kusyen silinder ialah mesin pengorek tanah dan pemunggah pengorek kauk.
smoothlylicinKesenianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas